Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

MENCERIAKAN GELANDANGAN

Skid Root menggunakan bakat kreatifnya untuk menceriakan golongan gelandangan dan menjalinkan persahabatan dengan membawa makanan.

(Sumber Foto: myMetro)

Seorang pelukis jalanan menggunakan bakat kreatifnya untuk menceriakan golongan gelandangan dengan melukis katil, tingkap dan perabot pada tembok di kawasan mereka tidur.

Artis berpusat di Los Angeles yang menamakan dirinya Skid Robot itu baru-baru ini memuatnaikkan lukisan yang dihasilkannya untuk golongan itu di Skid Row.

Menerusi usahanya itu, dia juga menjalinkan hubungan baik dengan golongan tidak berumah, memberikan wang, membawa bekalan makanan dan berkempen menyedarkan orang ramai mengenai kemiskinan dengan menceritakan mengenai kehidupan gelandangan.

Matlamatnya ialah untuk mengubah tanggapan orang mengenai golongan itu.

Satu daripada subjek Skid Robot ialah JW, bekas artis dari Florida yang dirakam baring di bawah longgokan selimut depan tembok merah.

Tembok itu dicat untuk dilihat seperti dalam bilik tidur dengan katil, dua meja sisi dengan lampu dan tingkap.

Seorang lagi yang dijadikan tajuk dalam siri Skid Robot ialah lelaki bernama Ben. Dalam gambarnya, dia dilihat duduk membongkok di atas kerusi roda. Tembok di belakangnya dicat supaya kerusi itu dilihat seperti takhta di istana.

"Ben diusir dari hospital tanpa kasut. Dia tidak boleh berjalan akibat ditembak di belakang dan akhirnya diusir dari hospital serta terpaksa hidup bergelandangan.

"Saya menawarkannya makan tetapi dia menolak. Dia sebaliknya meminta kertas, pensil dan pen supaya dia dapat menulis dan melukis.

"Saya memberinya buku lakar yang agak baru, beberapa pen dan marker serta sejumlah wang supaya dia boleh membeli makanan apabila lapar," kata Skid Robot.

Tony, seorang lagi gelandangan yang menjadi tajuk siri Skid Robot memberitahunya, dia dan gelandangan lain di kawasan itu begitu perlukan air dan Skid Robot tidak teragak-agak membelikan mereka 10 gelen air bersih untuk diminum.

Dalam beberapa lukisannya, Skid Robot melukis buih pada tembok tempat gelandangan tidur dengan buih itu menggambarkan makanan atau tanda dolar.

Untuk seorang gelandangan yang tidur dalam khemah, dia melukis pemandangan hutan, menggambarkan seolah-olah lelaki itu berkhemah di hutan. –myMetro

‘ROAD TO GLOBAL CINEMA’ STRATEGI BAWA FILEM TEMPATAN KE PERSADA DUNIA

KUALA LUMPUR: Kandungan kreatif tempatan khususnya filem bakal melalui transformasi melalui program 'Road To Global Cinema' yang diusahakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Menurut Finas, beberapa pelan telah dirangka bagi membawa kandungan tempatan ke persada dunia termasuk mewujudkan hubungan strategi dengan penerbit, persatuan dan stesen televisyen tempatan dan antarabangsa.

Finas turut memeterai perjanjian dengan beberapa negara seperti Australia dan Kanada bagi memudahkan pelan strategik yang dirangka.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, ketika mengulas mengenai inisiatif itu, berkata penerbit tempatan perlu melebarkan sayap ke luar negara dan tidak hanya menumpu kepada pasaran tempatan.

"Misalnya, jika kita menjual sesebuah penerbitan kepada RTM dengan harga RM50,000, keuntungan yang diraih setakat itu sahaja. Kalau kita menembusi pasaran negara Islam misalnya, kita mungkin boleh tambah pendapatan sebanyak   US$60,000," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program itu sempena KL Converge 2014 di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Shabery melancarkan MYCC4DWORLD yang merupakan projek 'MyCreative Content' di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

MYCC4DWORLD adalah repositori aset digital berpusat dan hab pengedaran kandungan bahan digital video, audio, imej dan dokumen yang bernilai komersil.

Sejak dibangunkan pada 2012 sehingga 1 Sept lepas, sejumlah 15,724 bahan telah dimuat naik yang terdiri daripada 3,611 video, 47 bahan audio, 11,579 imej dan 487 dokumen.

Finas dilantik sebagai penyelaras bagi tiga agensi yang terlibat di bawah MYCC4DWORLD iaitu Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Jabatan Penyiaran dan Jabatan Penerangan.-Astro Awani

NEELOFA KONGSI SEBAB BERHIJRAH DI IKIM.FM


Neelofa kelihatan semakin cantik dan anggun
apabila bertudung


Penghijrahan Neelofa baru-baru ini menjadi bualan hangat dan perhatian ramai masyarakat. Pastinya ada di kalangan kita yang ingin tahu kisah di sebalik keputusan pelakon & pengacara popular ini untuk mengenakan hijab ataupun bertudung penuh.

Neelofa telah muncul dalam sebuah segmen siaran radio islamik iaitu di IKIM.fm. Dalam segmen tersebut beliau telah menceritakan kisah perjalanan beliau sepanjang lebih setahun untuk mencari kebahagiaan kekal selepas memiliki segalanya dalam hidup.

Selain mengikuti kelas-kelas agama & membaca al-Quran, antara langkah awal Neelofa untuk terus berhijrah adalah dengan melengkapkan solat 5 waktu. Beliau percaya dan yakin, hasil doanya dalam solat harian, Tuhan telah menurunkan hidayah untuk dirinya.

Ikuti perbualan Neelofa bersama IKIM.fm di SINI. Semoga ada sesuatu yang juga kita boleh pelajari daripada beliau. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna,tetapi kesempurnaan itu boleh di hampiri. Semoga Neelofa beroleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat. Amin.



Kredit – RotiKaya

SIAPA ITU WAK DOYOK? AHLI MUZIK? LAWYER?


WAK DOYOK: PENCINTA FESYEN

Mungkin hanya segelintir yang mengenali nama Tengku Muhammad Azwan Shah, tetapi jika disebut Wak Doyok, pencinta dan pereka fesyen pasti mengenalinya. Bukan setakat di Malaysia, malah Singapura, Indonesia, Jepun termasuklah pencinta fesyen Mods (The Modern Stylish) di Eropah turut mengenalinya. Wak Doyok, bukan artis popular sebaliknya penampilan pemuda ini yang berbeza berbanding kebanyakan gaya lelaki pada hari ini. Bermisai dan berjanggut tebal, gaya jejaka berusia 33 itu sarat aura maskulin era Inggeris 60-an.

GRADUAN KEJURUTERAAN & PEMILIK THE GARMENT

”Anda seorang graduan dalam bidang kejuruteraan dari salah sebuah universiti di Jerman, mengapa anda memilih bidang fesyen sebagai kerjaya?”

Saya terbabit dalam bidang ini sejak 1996 lagi walau bagaimanapun saya bergerak secara ‘underground’. Saya mula menggemari fesyen sekitar 1992 di mana ketika itu saya meminati fesyen Skinhead. Kecenderungan saya itu menyebabkan seorang rakan saya yang baru pulang daripada Britain memberikan saya Mods Bible yang menceritakan mengenai fesyen yang lebih hebat daripada Skinhead.

Dalam misi memperbesarkan jenama The Garment pula, ramai rakan menggalakkan saya terbabit dalam bidang fesyen secara ‘mainstream’ berbanding secara ‘underground’ memandangkan permintaan yang tinggi daripada pengikut saya.

The Garment sebelum dikenali di Malaysia, pengamal fesyen Mods di Britain, Jepun, Singapura dan pelbagai negara lagi sudah lama memakainya. Cuma baru sekarang mendapat permintaan daripada penggemar fesyen tempatan.

Strategi pemasaran Wak Doyok bermula dengan hanya mengeluarkan kemeja-T terlebih dahulu. Perancangan lebih besar beliau adalah untuk mengeluarkan pakaian untuk kaum lelaki. Selain menjadi pencetus fesyen di Malaysia, Wak Doyok turut menawarkan khidmat sebagai penasihat fesyen buat selebriti dan orang ramai. Antara selebriti yang sering bekerjasama dengan saya ialah Ameer Forteen, Pretty Ugly, Karl Shafek dan beberapa nama lagi.

Wak Doyok – “Saya suka melihat orang bergaya dan ingin membantu orang di luar sana yang ingin berfesyen. Saya melihat kerjaya ini sebagai satu bidang yang boleh membantu saya memberi sumbangan kepada komuniti khususnya mereka yang menghargai dan mengikuti perkembangan saya.”

Kredit: HM


Admin: Walaupun rupamu tidak ku kenal,tetapi misai jambungmu tatap menjadi pujaan hati kuuu…Cut.!!!

AL-FATIHAH! ANAK LELAKI LINDA RAAFAR MENINGGAL DUNIA


Anak lelaki pelakon Linda Rafar, Rezaimen Keiflin yang berumur 12 tahun meninggal dunia hari ini akibat ketumbuhan kronik dalam perut sejak awal tahun ini, laporan Sinar Harian.

Linda memaklumkan pemergian Rezaimen melalui laman sosial Instagramnya, kira-kira jam 6 petang tadi. Linda memuat naik gambar anak lelakinya itu dengan kapsyen: “Al-Fatihah. Moga anak mama tenang di syurga ALLAH”.

Dua hari lalu, Linda juga sempat meminta agar pengikut-pengikutnya turut mendoakan kesembuhan anaknya itu.

”Assalamualaikum semua. Pada bulan Ramadan ini saya minta jasa baik sahabat semua bacakan beberapa surah al-Quran dan doa untuk adik Rezaimen Keiflin dan selepas itu, berdoalah apa supaya sel-sel kanser dalam badan adik Men berkurang,” katanya.

Sumber: Astro Awani

p/s: Al-Fatihah. Moga roh arwah sentiasa tenang dan di rahmati Allah.

UPDATE: BELASAH ISTERI, AWIE DIDAKWA DI MAHKAMAH

 

Kuala Lumpur: Penyanyi rock terkenal, Awie akan dituduh di Mahkamah Ampang berhubung dakwaan beliau memukul isterinya Rozana Misbun, 35, hingga cedera teruk, 26 Jun lalu, pagi ini.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, sebelum ini diarah hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang pada 26 Jun lalu untuk diambil keterangan oleh pegawai polis susulan penyebaran gambar wajah isterinya yang cedera. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu selepas siasatan berhubung kes berkenaan selesai.

Siasatan sudah selesai dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. Awie akan didakwa di mahkamah esok (hari ini), katanya.

Katanya, siasatan kes itu mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana memukul isteri.


Kredit: IsuPanaz

KISAH SAYU, HIDUP PENGASAS D'HERBS 'TERLAJAK LARIS', DATO' ALIFF SYUKRI


Penulis masih  ingat pertama kali Dato' Aliff Syukri muncul di kaca TV dalam program Wanita Hari Ini. Dengan kepetahan mulutnya, penulis tergelak kerana tidak menyangka sehingga ke tahap 'begitu' beliau sanggup mempromosikan produk D'Herbs. Namun, tahukah kita kisah kejayaan anak melayu yang kini bergelar sebagai jutawan ini dengan tagline 'Terlajak Laris'?

Al-kisahnya:
Saya berasal dari Pahang datang dari keluarga yang susah. Saya gemar berdikari untuk menjayakan dirinya dan enggan duduk di kepompong yang sama. Pengalaman yang paling bermakna buat saya, saya ingin berniaga tetapi tiada duit. Angan-angan itu besar tetapi tiada duit. Duit dalam simpanan tak usah nampak seribu, ratus-ratus je yang ada. Macam mana nak berniaga? Macam mana nak buka kedai? Dengan berbekalkan azam yang kuat, saya berniaga dengan cara apa sekali pun. Bermula dari menjual pada kawan-kawan di pejabat. Kemudian membuka gerai di pasar tani setiap minggu. Kadang-kadang, hari sabtu dan ahad saya berniaga di Pasar Tani Seksyen 13, Kelana Jaya & Sri Andalas sebab saya pantang duduk diam.

Saya terkejut dengan sambutan yang bagus bila saya menjual kosmetik. Mula-mula berniaga, dapat RM500, RM600. Alhamdulillah, syukur kepada Allah dengan mulut saya yang macam makcik-makcik ini, saya dapat menarik ramai pelanggan. Daripada sehari RM400, selepas 2 bulan, saya mampu meraih RM2,000 - RM3,000! Nilai 2-3 ribu memang nilai yang mengejut bagi saya. Sebelum kita berjaya, kita jangan minta tolong orang. Kita usaha dulu! Walaupun pinjaman saya di bank ditendang, dimaki, diherdik. Malah mereka tak pandang pun saya dan saya amat kecewa ketika itu. Saya dah buat paperwork susah-susah, dah berbulan-bulan saya buat paperwork. Tetapi pegawai bank itu hanya baling paperwork saya dan mengatakan loan saya tak lulus.

Kenapa saya punya loan tak lulus? Jawab mereka, "awak masih mentah. awak perlukan gurantor, awak perlukan tanah, awak perlukan aset untuk buat loan dan sebagainya."Saya menangis teresak-esak dan saya sedar diri saya begitu kerdil di mata mereka. Ada juga saudara terdekat yang mengatakan "Alaa Syukri, kau tu takkan boleh berjaya. Kau tu lepasan SPM, masuk universiti pun tak lepas. Kau takkan berjaya Syukri."

Alhamdulillah, syukur kepada Allah bila ada kawan-kawan terdekat, pelanggan-pelanggan yang memanggil saya ketika membuat bengkel kecantikan di seluruh Malaysia itu, saya hubungi mereka dan saya beritahu hajat saya ingin membuat satu jenama dan ingin berkongsi bersama beliau membantu saya. Saya panggil mereka dan saya terangkan kertas kerja yang pegawai bank tersebut tak nak layan saya. Dan respon yang diberikan amatlah mengejutkan. Rata-rata yang menyertai mesyuarat yang saya anjurkan, semua berminat dan yakin dengan kewibawaan saya untuk membuat satu jenama.

Duit yang mereka bagi, saya jadikan pelaburan. Saya jadikan modal awal saya dan digabungkan dengan peniagaan pasar tani saya dua tahun itu, dapatlah lebih kurang RM100,000! Sebab itu hari ini, saya amat menghargai beliau. Saya tak lupa pada Encik Putra, Puan Rohani, abah saya sendiri, Puan Linda, Puan Rina dan semua yang ada pada hari ini. Saya rasa tanpa anda semua pastinya syarikat D'Herbs tidak akan sampai ke tahap ini.  Makin kita tinggi, makin kita tunduk. Jadi saya menyeru kepada semua orang yang ada dekat sini, marilah kita berniaga. Tak kisahlah orang pandang kita apa pun, dan kita perlu bermula daripada bawah. Insha Allah, hasil yang kita berdiri di tapak kaki sendiri lebih bermakna daripada kita menumpang dari hasil orang lain.

Saya mempunyai matlamat saya sendiri untuk berjaya, tidak meniru orang lain. Nama D'Herbs akan sentiasa gah dan kuat di Malaysia ini. Itulah matlamat saya sampai bila-bila. Dan generasi saya akan membesarkan lagi legasi D'Herbs Healthy Sdn Bhd ini. Amin amin ya rabbal alamin. - My Media Hub

Kredit: IsuPanaz

NEELOFA AMBIL KEPUTUSAN BERHIJAB



PETALING JAYA
: Kehadiran Ramadan berjaya membuka hati pelakon Neelofa untuk berubah selepas dia memilih untuk memakai tudung. Pengurus kepada pelakon itu, Mohd Amer Shafiq Khalip atau lebih dikenali sebagai Shawn Amer berkata, Neelofa, 25,  membuat keputusan berkenaan pada Selasa (hari ini) dan langkah itu adalah satu perubahan positif buat dirinya. 

"Benar, Neelofa sudahpun berhijab dan dia telah mengesahkan perkara tersebut kepada saya pada hari ini (Selasa). "Dia juga melihat perubahan yang dilakukannya adalah satu perkara yang positif buat dirinya," katanya kepada mStar Online. Shawn diminta mengulas mengenai kenyataan adik pelakon itu, Ameera, yang memuat naik foto Neelofa bertudung di Instagram miliknya dengan kapsyen rasa bersyukur dengan perubahan yang dilakukan oleh kakaknya itu lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.



Neelofa tidak dapat dihubungi memandangkan dia sedang membuat rakaman suara bagi program Meletop yang akan bersiaran secara langsung pada malam Selasa di Astro Ria pada pukul 9 malam. Dalam pada itu, Shawn berkata, sebelum membuat keputusan untuk berhijab, dia sudah mula memakai tudung secara perlahan-lahan sejak tiga bulan lalu.

"Alhamdulillah, berdasarkan pemerhatian saya, Neelofa berubah secara perlahan-lahan dan sejak tiga bulan lalu, dia kerap berhijab. Tidak sangka pula dia melakukan perubahan secepat ini.

"Bukan sahaja lebih positif tetapi wajahnya dilihat sentiasa gembira. Apa-apapun kita mendoakan yang terbaik untuknya," ujarnya.

Kredit: MStar

RANIA NAMA ISLAM FELIXIA YEAP


Ramai yang tertanya-tanya apa agaknya nama yang bakal model berbangsa Cina Felixia Yeap akan gunakan selepas beliau memeluk agama Islam pada 5 Ramadhan nanti. Menerusi rancangan Apa Kata Malaysia, Felixia mendedahkan nama yang akan digunakannya selepas memeluk Islam pada 5 Julai 2014 nanti. Nama yang akan digunakan Felixia merupakan gabungan dua nama namun hanya satu nama sahaja yang dikongsikannya iaitu RANIA dan satu lagi nama akan dimaklumkan kelak.

Menurut gadis cantik ini, nama itu dipilih itu merupakan ilham dari mimpi yang dialaminya dan seterusnya mengkaji makna nama tersebut sebelum membuat keputusan untuk menggunakannya yang membawa maksud pemimpin yang mempesonakan. Mungkinkah gabungan nama tersebut adalah Safi Rania? Macam produk kecantikan pula. Kihkih!

Kredit: OhMedia