Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

LIVERPOOL CATAT KEMENANGAN KE-100

Liverpool meraih kemenangan ke-100 di peringkat Eropah.

(Sumber foto: Sinar Harian)

LIVERPOOL merekodkan kemenangan ke-100 di peringkat Eropah selepas menang tipis 2-1 ke atas kelab dari Bulgaria, Ludogorets dalam aksi pertama peringkat Kumpulan B, Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

Dalam aksi di Anfield itu, The Reds diberi tentangan sengit sebelum Mario Balotelli memecahkan kebuntuan dengan meledakkan gol pertama pada minit ke-82.

Kedudukan itu tidak kekal lama di mana penyerang Ludogorets, Dani Abalo kembali mengikat kedudukan pada masa kecederaan.

Bagaimanapun, Reds bernasib baik selepas dihadiahkan sepakan penalti yang mudah disempurnakan oleh kapten, Steven Gerrard bagi mengesahkan kemenangan di halaman sendiri.

Bagi pengendali The Reds, Brendan Rodgers, kemenangan yang diraih itu tidak mudah buat pasukannya selepas lima musim gagal melayakkan diri dalam saingan Liga Juara-Juara.

“Ini adalah malam yang sempurna buat kami selepas lima musim gagal menempatkan diri. Jadi kemenangan ini sungguh luar biasa.

“Pemain saya juga menunjukkan keazaman yang tinggi untuk meraih kemenangan dan tiga mata ini sungguh berharga walaupun kami diberi tentangan yang sengit,” katanya.

Juara lima kali Liga Juara-Juara itu akan berdepan Basel dalam aksi kedua, 2 Oktober depan. –Sinar Harian

SUPERSTAR COLOMBIA BAKAL SERTAI RONALDO DI REAL MADRID



Bintang Superstar Colombia, James Rodriguez

SUPERSTAR Piala Dunia dari Colombia, James Rodriguez, bakal bergandingan dengan Cristiano Ronaldo apabila dilaporkan akan menandatangani kontrak dengan juara Eropah, Real Madrid Rabu ini dalam perpindahan bernilai £60 juta dari kelab AS Monaco.

Rodriguez yang juga merupakan penjaring terbanyak Piala Dunia, telah dilihat berada di Madrid pada Ahad dalam perjalanan pulang ke Monaco, selepas bercuti sebaik sahaja temasya Piala Dunia selesai 12 Julai lalu.

Dia dikatakan akan menandatangani kontrak jangka panjang selama enam tahun dengan Madrid.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez dijadualkan untuk kembali dari Amerika Selatan sebelum Rabu untuk memastikan kontrak dengan Rodriguez dimeterai.

Dengan pembelian terbaru ini, bermakna Real Madrid telah berbelanja lebih £80 juta untuk musim baru ini setelah mereka berjaya mendapatkan tanda tangan bintang baru Jerman, Toni Kroos dari Bayern Munich pada harga £20 juta minggu lalu.

Tetapi sepertimana musim lalu apabila mereka membeli Gareth Bale sebanyak £86 juta dengan memecah rekod perpindahan termahal dunia, Real Madrid turut menjual Mesut Ozil kepada Arsenal untuk mengimbangi buku akaun mereka.

Kali ini, bintang ternama mereka yang akan dilepaskan bagi memberi laluan kepada muka baru ialah Angel Di Maria dan Samy Khedira.

Kedua-dua mereka menyerlah pada Piala Dunia tetapi itu juga menjadi penyebab mengapa Real akan menjual mereka kerana nilai perpindahan yang tinggi berasaskan permintaan dan penawaran.

Khedira dan Di Maria kini berkemungkinan besar akan berhijrah ke Liga Perdana Inggeris dengan Manchester United dan Arsenal menunjukkan minat yang mendalam untuk mendapatkan khidmat mereka. – MStar

PEMENANG ANUGERAH EMAS PIALA DUNIA 2014


Anugerah emas yang menjadi rebutan pemain Piala Dunia 2014 
Dari kiri: “Golden Boot”, ”Golden Ball”, “Golden Glove”.



GOLDEN BOOT
Anugerah ini diberikan kepada pemain yang menjaringkan gol terbanyak sepanjang kejohanan. Pemenangnya ialah James Rodriguez (Colombia) yang berjaya menjaringkan 6 gol.

GOLDEN BALL
Anugerah ini diberikan kepada pemain terbaik sepanjang kejohanan. Pemenangnya sudah tentu pemain kecil genius Argentina, Lionel Messi.

GOLDEN GLOVE
Anugerah ini pula diberikan kepada penjaga gol terbaik sepanjang kejohanan. Nama Manuel Neuer (Jerman) sudah pasti calon muktamad memenangi anugerah ini.

Selain tiga pemain ini, Paul Pogba (Perancis) turut dinobatkan sebagai pemain muda terbaik (Best Young Player) dalam edisi Piala Dunia kali ini.


PIALA DUNIA 2014: JERMAN JUARA,ARGENTINA TERPAKSA BERPUTIH MATA



JERMAN. Juara Piala Dunia edisi 2014.

RIO DE JANEIRO, BRAZIL: Jerman muncul sebagai juara Piala Dunia 2014 setelah berjaya menundukkan Argentina di Stadium Maracana dengan gol tipis 1 – 0, awal pagi tadi.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan pemain gantian Jerman, Mario Gotze pada minit ke-113 masa tambahan. Kejuaraan tersebut adalah kejuaraan Jerman untuk kali keempat setelah pernah memenanginya pada tahun 1954, 1974 dan 1990.


Mario Gotze. Wira Jerman apabila menjaringkan gol tunggal
perlawanan di minit 113 masa tambahan


Kemenangan Jerman menjulang trofi Piala Dunia kali ini  melonjakkan mereka  selaku pasukan pertama Benua Eropah memenangi Piala Dunia di benua Amerika. Tahniah buat Jerman!

ALEXIS SANCHEZ SERTAI “THE GUNNERS”

 

Alexis Sanchez sertai skuad The Gunners

Arsenal telah melengkapkan perpindahan bintang Chile, Alexis Sanchez dari Barcelona dengan bayaran perpindahan kira-kira £ 30 juta pound. Bintang itu yang sebelum ini dikaitkan dengan Liverpool sebagai pegganti Luiz Suarez walau bagaimanapun lebih memilih kelab di bawah bimbingan Arsene Wenger.

Bintang kebangsaan Chile berusia 25 tahun itu telah menjalani pemeriksaan perubatannya di London pada Khamis dan akan menyertai pasukan baharunya pada hujung bulan.

"Seperti yang ramai orang telah melihat ketika Piala Dunia musim panas ini, Alexis adalah pemain bola sepak yang hebat dan kami gembira bahawa dia menyertai kami di Arsenal," kata sebuah kenyataan dari Arsene Wenger.

Arsene Wenger turut mengatakan Alexis akan menambah kuasa, kreativiti dan kualiti  untuk Arsenal. Persembahan Alexis yang berkualiti dan konsisten  di peringkat tertinggi untuk beberapa musim lalu di lihat mampu membawa Arsenal mendakap Liga Perdana Inggeris untuk tempoh lebih sedekad.

dan kita semua berharap kepadanya menyertai dengan kami dalam beberapa minggu. Beliau secara konsisten menghasilkan persembahan berkualiti di peringkat tertinggi untuk beberapa musim sekarang dan kita semua teruja untuk melihat dia mengintegrasikan ke dalam skuad Arsenal,”

"Saya amat gembira untuk menyertai Arsenal, kelab yang mempunyai pengurus yang hebat, skuad yang hebat pemain, sokongan yang besar di seluruh dunia dan sebuah stadium besar di London," kata Sánchez.

Sánchez menjadi pemain kedua paling mahal dalam sejarah Arsenal selepas pembelian Mesut Özil pada musim panas lalu. The Gunners turut dijangka membawa masuk pemain pertahanan Perancis, Mathieu Debuchy dari Newcastle kerana pengurus Arsene Wenger ingin memperkukuhkan jenteranya pada musim ini.

PIALA DUNIA: ARGENTINA RANAPKAN IMPIAN BELANDA MARA KE FINAL

 

Sergio Romero muncul hero Argentina setelah berjaya menyelamatkan
dua sepakan penalti

Sau Paulo: Pertemuan semi final awal pagi tadi menyaksikan Argentina berjaya meranapkan impian Belanda untuk mara ke final setelah menang 4 – 2 menerusi penentuan sepakan penalti. Kemenangan tersebut membawa Argentina ke pentas final yang pertama sejak tahun 1990.

Secara purata,permainan yang ditunjukkan kedua-dua pasukan agak seimbang namun skuad Belanda di lihat mempamerkan cara permainan yang agak “defensive” berbanding Argentina yang lebih banyak melakukan serangan.

Setelah 120 minit berlalu tanpa sebarang jaringan, laluan ke final terpaksa di tentukan melalui sepakan penalti. Kemenangan Argentina di inspirasi oleh penjaga gol mereka, Sergio Romero yang cemerlang menepis dua sepakan penalti, masing-masing sepakan daripada Ron Vlaar dan Wesley Sneijder sekaligus membawa skuad Argentina bertemu Jerman di pentas Final Piala Dunia 2014. Kali terakhir mereka layak ke final ialah sewaktu di Itali pada tahun 1990 sebelum tewas 0-1 kepada Jerman.

Gol sepakan penalti Belanda vs Argentina (GOAL.COM)


Belanda: Jasper Cillesen, Ron Vlaar, Stefan De Vrij, Martins Indi (Daryl Janmaat), Daley Blind, Dirk Kuyt, De Jong (Jordy Classie), Georginio Wijnaldum, Wesley Sneijder, Arjen Robben, Robin Van Persie (Huntelaar)

Argentina: Sergio Romero, Pablo Zabaleta, Ezequiel Garay, Marcos Rojo, Martin Demichelis, Lucas Biglia, Ezequiel Lavezzi (Maxi Rodriguez), Enzo Perez (Rodrigo Palacio), Javier Mascherano, Gonzalo Higuain (Sergio Aguero), Lionel Messi

4 fakta menarik setelah perlawanan Argentina vs Belanda:

1 – Ini merupakan final Piala Dunia kelima bagi Argentina dan yang pertama sejak 24 tahun terakhir. Menjadi juara Piala Dunia dua kali iaitu pada tahun 1978 dan 1986

2 – Hanya ada satu negara yang pernah menang dua kali drama penalti dalam satu Piala Dunia iaitu Argentina pada tahun 1990

3 – Jasper Cillisen, penjaga gol Belanda telah menghadapi 8 penalti di Eredivisie, 3 kali di Liga Champions, dan 2 kali di Piala Dunia. Namun tidak pernah satu kali pun berjaya menyelamatkan sepakan penalti

4 – Loius van Gaal telah menggunakan 22 dari 23 pemain yang di bawanya ke Piala Dunia di Brazil. Hanya penjaga gol, Michel Vorm yang tidak di turunkan.

KLOSE CIPTA REKOD UNGGULI PENJARING TERBANYAK PIALA DUNIA


Miroslave Klose tetap berbisa sekalipun umur sudah mencecah
36 tahun


Penyerang Jerman Miroslav Klose berjaya rekod baru Piala Dunia  apabila muncul sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah penganjuran Piala Dunia FIFA.

Sebelum ini, Klose telahpun menyamai rekod catatan 15 gol yang di miliki penyerang Brazil, Ronaldo apabila berjaya menjaringkan gol ketika Jerman diikat keputusan seri 2 – 2 dengan Ghana. Satu gol yang berjaya di jaringkan beliau pada aksi kemenangan separuh akhir ke atas Brazil awal pagi tadi, bermaksud dia telah mendahului senarai jaringan dengan 16 gol. 

Pecahan gol Miroslav Klose

 Top 5 penjaring terbanyak Piala Dunia

#Fakta 1: Klose adalah pemain ketiga dalam sejarah Piala Dunia menjaringkan gol pada empat edisi berlainan.

#Fakta 2: Klose merupakan penjaring terbanyak skuad Jerman dengan 71 gol daripada jumlah 135 penampilan untuk skuad negara.

#Fakta 3: Klose membuat penampilan sulungnya di Piala Dunia 2002 di Korea Selatan dan Jepun, dan berjaya mencetak lima gol.

#Fakta 4: Klose pernah memenangi “Kasut Emas” ketika kejohanan Piala Dunia 2006 di Jerman.

PIALA DUNIA: BRAZIL DIAIBKAN JERMAN 7-1

Belo Horizonte (Brazil): Malu,kecewa,sedih. Itulah antara perasaan yang dapat digambarkan apabila pasukan tuan rumah Piala Dunia, Brazil,  di aibkan oleh Jerman  dengan jaringan besar 7 – 1 di Estadio Mineirao, pada saingan separuh akhir  awal pagi tadi.

 

Pasukan Jerman meraikan gol mereka di samping kelihatan David Luiz
yang kecewa dengan persembahan mereka

Lebih memalukan apabila Brazil yang bermain di hadapan puluhan ribu penyokongnya telah ketinggalan 5 – 0 seawal minit ke 30 permainan sekaligus meranapkan impian mereka untuk layak ke perlawanan akhir.

Thomas Mueller memulakan pesta gol Jerman pada minit ke-11, diikuti Miroslav Klose pada minit ke-23 sebelum Toni Kroos menyumbat dua gol pada minit ke-24 dan 26. Jaringan Sami Khedira yang menyusul pada minit ke-29 menutup aksi babak pertama Jerman dengan penuh bergaya. 

Pada aksi babak kedua, pemain simpanan Andre Schuerrle yang di bawa masuk menggantikan Klose menambah derita Brazil apabila menjaringkan dua gol masing-masing pada minit ke – 69 dan 79. Gol saguhati Brazil hadir pada minit ke-90, dijaringkan oleh Oscar.

Kelemahan jenteran serangan di susuli barisan pertahanan yang agak longgar dan kurang fokus di lihat antara punca kekalahan Brazil. Menanti Jerman di saingan akhir Piala Dunia 2014 akan ditentukan awal pagi esok, antara Argentina & Belanda.

Kali terakhir Jerman melangkah ke slot akhir ialah pada edisi Piala Dunia 2002. Pada ketika itu,Jerman terpaksa akur tewas 2 – 0 di tangan  Brazil yang di bayangi oleh kehebatan Ronaldo.

BRAZIL: Julio Cesar; Maicon, Dante, David Luiz, Marcelo, Luis Gustavo, Fernandinho (Paulinho), Hulk (Ramires), Oscar, Bernard, Fred (Willian)

JERMAN: Manuel Neuer; Philipp Lahm, Jerome Boateng, Mats Hummels (Per Mertesacker), Benedikt Hoewedes, Bastian Schweinsteiger, Sami Khedira (Julian Draxler), Toni Kroos; Thomas Mueller, Miroslav Klose (Andre Schuerrle), Mesut Ozil.

PENGADIL: Marco Rodriguez (MEX)

MAN UTD LANCARKAN JERSI BARU MUSIM 2014/2015


Manchester United yang terkenal dengan nama “The Red Devils” telahpun melancarkan jersi rekaan terbaru mereka bagi saingan musim 2014/2015. Kit jersi home berwarna merah yang dilancarkan itu turut memaparkan Chevrolet sebagai penaja baru menggantikan AON.



Rekaan kit jersi home terbaru Manchester United

 

page

Michael Carrick, De Gea, Juan Mata memperagakan kit jersi
home terbaru Manchester United.
Sumber foto: manutd.com

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Manchester United, jersi tersebut merangkumi identiti asli kelab tersebut iaitu berwarna merah dengan mendapat sentuhan baharu di bahagian kolar dan lengan berwarna putih  yang ditambah dengan trim merah dan hitam.

Kit baru ini dijangka melakukan debut pertamanya pada aksi Tour Musim Panas Manchester United menentang MLS LA Galaxy pada 23 Julai, 2014.

Bagi peminat setia Manchester United, rekaan terbaru ini adalah antara rekaan yang terbaik dan berharap agar pasukan kesayangan mereka ini mampu memberi persembahan terbaik untuk musim yang akan datang setelah musim 2013/2014 berlalu dengan hambar. Dengan munculnya rekaan jersi baru di tambah pula dengan kedatangan pengurus baru, Louis Van Gaal, musim 2014/2015 pastinya menjanjikan permulaan era baru bagi Manchester United.

PIALA DUNIA: ARGENTINA MENANG TIPIS, BELANDA MENANG BERGAYA



Estadio Nacional de Brasilia: Argentina terlebih dahulu mengesahkan tiket ke perlawanan separuh akhir apabila jaringan tunggal di awal babak perlawanan menyaksikan skuad bimbingan Alejandro Sabella berjaya menewaskan skuad Belgium 1 – 0. Gol Argentina yang hadir pada seawal minit ke – 8 dicetak oleh penyerang berbisa FC Napoli, Gonzalo Higuain.

Arena Fonte Nova: Di venue berlainan, skuad Belanda yang popular dengan nama jolokan “The Oranje” terpaksa berhempas pulas dalam perlawanan menentang Costa Rica. Perlawanan yang berlanjutan sehingga ke masa tambahan gagal menemui sebarang gol sungguhpun TRIO sensasi Persie – Sneijder – Robben bertali arus menyerang kubu gol lawan. Kemenangan skuad Louis Van Gaal itu tercipta melalui kelebihan gol sepakan penalti 4 – 3 dengan penjaga gol gantian saat akhir masa tambahan, Tim Krul, muncul sebagai hero penyelamat skuad Oranje apabila berjaya menyelamatkan 2 sepakan penalti.


Hero Belanda: Tim Krul vs Hero Argentina: Gonzalo Higuain
(Kredit Photo:
TheIndependent & USAtoday)


p/s: Menanti BELANDA di separuh akhir nanti sudah pastinya ARGENTINA yang akan berlangsung pada awal pagi Khamis (10 Julai), jam 4 pagi.

PIALA DUNIA: JERMAN, BRAZIL TEMPAH TIKET KE SEPARUH AKHIR

Pasukan Jerman dan Brazil berjaya menempah tiket ke slot separuh akhir Piala Dunia 2014 selepas berjaya menundukkan lawan masing-masing pada aksi suku akhir yang berlangsung awal pagi tadi.


Skuad Jerman berjaya ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2014 selepas meraih kemenangan tipis menentang pasukan Perancis dengan jaringan 1 - 0 di Estadio do Maracana , sekaligus meleburkan hasrat Perancis untuk mara ke peringkat seterusnya. Jaringan tunggal Jerman dihasilkan menerusi tandukan pemain pertahanan, Mats Hummels pada minit ke-12. Keputusan 1-0 itu telah membawa Jerman ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan besar ini buat kali ke-4 berturut-turut. Jerman juga pernah mara ke final sebanyak tujuh kali.

Sementara itu,  tuan rumah , Brazil juga layak ke separuh akhir Piala Dunia 2014 selepas berjaya menundukan pasukan Colombia dengan jaringan 2-1 pada aksi di peringkat suku akhir. Gol Brazil dicetak oleh Thiago Silva minit ke 7 dan David Luiz minit ke 69.  Manakala Colombia mendapat gol menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh penyerang sensasi mereka, James Rodríguez minit ke 80. Hasil kemenangan itu, Jerman dan Brazil akan bertemu pada rabu ini jam 4 pagi pada aksi separuh akhir untuk merebut tempat ke pentas akhir Piala Dunia 2014.

p/s: Berita buruk untuk skuad Brazil apabila bintang sensasi mereka, Neymar, mendapat kecederaan vertebra ketika perlawanan menentang Colombia. Dia dijangka tidak dapat beraksi menentang Jerman kerana memerlukan masa beberapa minggu untuk pulih.

Alexis Sanchez Tolak Ditukar Ke Liverpool, Pilih Arsenal


ALEXIS SANCHEZ bakal memberikan tekanan kepada Barcelona untuk mendapatkan Luis Suarez apabila dia menolak untuk ditukarkan ke Liverpool. Sebaliknya penyerang Chile itu memilih Arsenal sebagai kelab pilihan jika meninggalkan Barcelona.

Berikutan itu, Pengurus Arsenal, Arsene Wenger kini bersedia untuk mendapatkan Sanchez bagi menguatkan posisi pemain tengah (serangan).

Sekumpulan pegawai Barcelona dilaporkan telah tiba di London untuk bertemu Liverpool bagi membincang mengenai masa depan Suarez. Liverpool yang turut berminat terhadap Sanchez mahukan sebanyak £80 juta sebagai yuran perpindahan Suarez. Barcelona sebelum ini merancang untuk menjadikan Sanchez sebagai pertukaran bagi mendapatkan Suarez selain yuran perpindahan sebanyak £30 juta.


Kredit: MStar

ARGENTINA, BELGIUM LENGKAPKAN 8 PASUKAN KE SUKU AKHIR PIALA DUNIA 2014

1389362273__fifa_world_cup_2014_brazil_043767_

Keputusan perlawanan pusingan kalah mati awal pagi tadi:

Argentina 1 – 0 Switzerland
(Arg: 108’-Angel Di Maria)

Belgium 2 – 1 United States of America (USA)
(Bel: 93'-Kevin de Bruyne, 105'-Romelu Lukaku ; USA: 107' - Julian Green)
Dengan kemenangan tersebut, maka lengkaplah 8 pasukan terbaik yang seterusnya akan berentap di pusingan suku akhir Piala Dunia 2014. BERIKUT adalah senarai pasukan yang layak:

5 Julai

Perancis lwn Jerman (12tghmlm)
Brazil lwn Colombia (4pg)

6 Julai

Argentina lwn Belgium (12tghmlm)
Belanda lwn Costa Rica (4pg)

Admin: Suka tengok kelibat pemain Colombia James Rodriguez. Mungkinkah dia the next Ronaldo yang akan membawa Colombia menjulang trofi Piala Dunia kali ini? Sama-sama kita nantikan.