Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

JUS KATAK RAWAT PENYAKIT KRONIK

Gambar sekadar hiasan

Lima: Katak dari Teluk Titicaca menjadi bahan utama dalam pembikinan jus yang menurut beberapa budaya masyarakat Andes, boleh mengubati penyakit seperti semput, paru-paru berair dan lemah tenaga batin.

Untuk menghasilkan jus yang banyak dijual di wilayah Andes dan juga di beberapa kawasan di Lima, peniaga Maria Elena Cruz akan menangkap seekor katak dari akuarium kecilnya, mengetuknya hingga mati.

Dia kemudian menyiat kulit amfibia itu dan memasukkannya dalam pengisar bersama-sama lobak, akar maca dan madu.

Jus itu berwarna hijau dan Maria menyajikannya dalam gelas kepada pelanggan.

“Jus katak boleh membantu mengatasi pelbagai penyakit. Ada yang mendakwa pulih daripada batuk kering selepas meminumnya,” kata seorang pelanggan.

Bagaimanapun, tidak ada bukti saintifik untuk mengesahkan kebaikan jus itu.

Katak dari spesies Telmatobius Culeus itu dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai katak air Titicaca dan disenaraikan sebagai hampir pupus oleh Kesatuan Antarabangsa Untuk Pemuliharaan Semula Jadi.

Peminat jus itu, Cecilia Cahuana, 35, mendakwa jus itu mengandungi banyak vitamin dan protein.

Kebanyakan pelanggan Cruz berasal dari wilayah Andes. – myMetro

SUAMI RASA SAKIT BERSALIN

Pengalaman seorang lelaki menggunakan simulasi yang membolehkan mereka rasai sakit bersalin

(Sumber Foto: myMetro)

Sebuah hospital di Jinan, wilayah Shandong memberi kaum lelaki pengalaman unik yang tidak mungkin dapat dilupakan menggunakan simulasi yang membolehkan mereka mengalami rasa sakit bersalin.

Acara diadakan pada 4 November itu dikenali sebagai 'Pain Experience Camp' bertujuan memberi mereka peluang memahami kesakitan dialami wanita ketika melahirkan anak seterusnya lebih menghormati dan menghargai pengorbanan kaum ibu.

Ramai sukarelawan datang bersama isteri hamil yang tidak henti tersenyum melihat reaksi suami mereka itu apabila ada yang menangis sebaik merasa kontraksi dihasilkan mesin yang merangsang otot abdomen lelaki terbabit dengan renjatan elektrik.

Guang Liao, 29, mengakui pengalaman itu benar-benar membuka matanya.

"Isteri saya bakal melahirkan anak sulung kami dalam tiga bulan dan kami pernah bertengkar kerana saya menganggapnya mengada-ngada. Sebaik terdengar mengenai projek ini, dia terus memasukkan nama kami untuk memastikan saya belajar daripada pengalaman ini.

"Baru beberapa minit saja saya sudah tidak tahan. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana jika terpaksa melaluinya untuk beberapa jam," katanya.

Idea itu diinspirasikan tindakan dua hos rancangan televisyen Belanda yang melalui pengalaman sama selama dua jam, tahun lalu.

Pada Hari Ibu di Nanchang, wilayah Jiangxi, 20 sukarelawan lelaki menyertai rancangan televisyen bagi menyahut cabaran merasai kesakitan dengan renjatan yang semakin dikuatkan sama seperti kontraksi bersalin.

Peserta tunggal yang berjaya melakukannya sehingga tahap terakhir berkata: "Saya ayah kepada kembar tiga dan mahu merasai kesakitan dialami isteri ketika melahirkan mereka. Memang teruk! Saya kini amat menghormati pengorbanan kaum ibu."-myMetro

MENCERIAKAN GELANDANGAN

Skid Root menggunakan bakat kreatifnya untuk menceriakan golongan gelandangan dan menjalinkan persahabatan dengan membawa makanan.

(Sumber Foto: myMetro)

Seorang pelukis jalanan menggunakan bakat kreatifnya untuk menceriakan golongan gelandangan dengan melukis katil, tingkap dan perabot pada tembok di kawasan mereka tidur.

Artis berpusat di Los Angeles yang menamakan dirinya Skid Robot itu baru-baru ini memuatnaikkan lukisan yang dihasilkannya untuk golongan itu di Skid Row.

Menerusi usahanya itu, dia juga menjalinkan hubungan baik dengan golongan tidak berumah, memberikan wang, membawa bekalan makanan dan berkempen menyedarkan orang ramai mengenai kemiskinan dengan menceritakan mengenai kehidupan gelandangan.

Matlamatnya ialah untuk mengubah tanggapan orang mengenai golongan itu.

Satu daripada subjek Skid Robot ialah JW, bekas artis dari Florida yang dirakam baring di bawah longgokan selimut depan tembok merah.

Tembok itu dicat untuk dilihat seperti dalam bilik tidur dengan katil, dua meja sisi dengan lampu dan tingkap.

Seorang lagi yang dijadikan tajuk dalam siri Skid Robot ialah lelaki bernama Ben. Dalam gambarnya, dia dilihat duduk membongkok di atas kerusi roda. Tembok di belakangnya dicat supaya kerusi itu dilihat seperti takhta di istana.

"Ben diusir dari hospital tanpa kasut. Dia tidak boleh berjalan akibat ditembak di belakang dan akhirnya diusir dari hospital serta terpaksa hidup bergelandangan.

"Saya menawarkannya makan tetapi dia menolak. Dia sebaliknya meminta kertas, pensil dan pen supaya dia dapat menulis dan melukis.

"Saya memberinya buku lakar yang agak baru, beberapa pen dan marker serta sejumlah wang supaya dia boleh membeli makanan apabila lapar," kata Skid Robot.

Tony, seorang lagi gelandangan yang menjadi tajuk siri Skid Robot memberitahunya, dia dan gelandangan lain di kawasan itu begitu perlukan air dan Skid Robot tidak teragak-agak membelikan mereka 10 gelen air bersih untuk diminum.

Dalam beberapa lukisannya, Skid Robot melukis buih pada tembok tempat gelandangan tidur dengan buih itu menggambarkan makanan atau tanda dolar.

Untuk seorang gelandangan yang tidur dalam khemah, dia melukis pemandangan hutan, menggambarkan seolah-olah lelaki itu berkhemah di hutan. –myMetro

PIZA ALASAN MANGSA DERA BUAT PANGGILAN KECEMASAN

Sumber Foto: mstar

SEORANG operator 911 dikejutkan dengan panggilan kecemasan seorang wanita yang pada mulanya disangkakan sebagai gurauan kerana mahu membuat tempahan piza.

Tetapi sebenarnya tidak walaupun wanita terus mendesak untuk mendapatkan piza yang mengandungi peperoni, cendawan dan lada secepat mungkin.

Operator itu yang menyiarkan transkrip panggilan itu di laman sosial Reddit berkata, panggilan itu pada mulanya kedengaran seperti main-main tetapi ia sebenarnya sesuatu yang serius.

Selepas menghubungi 911, wanita itu memberikan alamatnya tanpa memberikan butiran mengenai insiden yang berlaku.

Apabila ditanya oleh operator mengenai apa yang berlaku di tempat kejadian, mangsa hanya mahu membuat tempatan piza, menyebabkan petugas itu percaya bahawa panggilan itu dibuat sekadar gurauan.

Transkrip yang disiarkan oleh operator itu merupakan dialog bersama wanita yang membuat panggilan kepadanya.

"911, di manakah berlaku kecemasan anda?"

"123 Main St."

"Ok, apa yang berlaku di sana?"

"Saya mahu menempah sekeping piza untuk penghantaran." (oh satu lagi panggilan gurauan).

"Cik, anda menghubungi 911."

"Ye, saya tahu. Boleh saya dapatkan sekeping piza besar dengan peperoni, cendawan dan lada?"

"Umm... maafkan saya, anda tahu yang anda menghubungi 911 kan?"

"Ye, bolehkah anda tahu bilakah ia mengambil masa?"

"Ok, cik. Adakah semuanya ok di sana? Adakah anda berhadapan dengan kecemasan?"

"Ye, memang ada."

"....Dan anda tidak boleh bercakap mengenainya kerana ada orang lain di bilik itu bersama anda?" (mula menyedari apa yang berlaku).

"Benar, memang betul. Adakah anda tahu berapa lama ia akan sampai?"
"Terdapat seorang pegawai kira-kira lebih kurang 1 kilometer dari lokasi anda. Adakah terdapat sebarang senjata di rumah anda?"
"Tidak"

"Boleh anda terus bersama saya di talian?"

"Tidak. Jumpa anda tidak lama lagi. Terima kasih."

Selepas seorang pegawai kecemasan dihantar ke alamat itu, operator berkenaan memeriksa rekod di rumah itu dan mendapati terdapat banyak panggilan berkenaan panggilan kecemasan.

Sebaik sahaja anggota polis tiba di tempat kejadian, mereka menemui seorang wanita yang didera teruk dan seorang lelaki yang mabuk.

Operator itu kemudiannya mengulas mengenai panggilan itu: "Saya fikir wanita itu amat bijak menggunakan alasan itu. Sudah tentu ia menjadi salah satu panggilan kecemasan yang paling diingati buat saya." - mirror.co.uk

IMEJ MALAYSIA AIRLINES (MAS) CUBA DIBURUKKAN MEDIA BARAT

Tidak dapat dinafikan kejadian misteri kehilangan pesawat MH370 serta susulan kejadian MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine telah banyak memberi kesan buruk terhadap imej Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Setelah dua tragedi besar tersebut melanda MAS, pelbagai andaian dibuat terhadap reputasi syarikat penerbangan itu yang semakin tergugat. Keadaan dikeruhkan lagi apabila terdapat segelintir pihak yang cuba memanipulasikan keadaan untuk memburukkan lagi imej MAS seperti apa yang diwar-warkan oleh sebuah media barat ini.

MAS


Dua gambar di atas yang menunjukkan gambar penerbangan MAS menunjukkan kabin kosong dijadikan sumber bagi media terutamanya dari barat untuk membuat cerita bahawa reputasi MAS telah tergugat.

Berita dari mashable.com "MAS bakar $2Juta Sehari, sedangkan pesawat semakin kosong", menjadi popular dan viral di internet.

Tetapi, pemilik asal gambar telah menceritakan keadaan sebenar setelah terkejut gambarnya telah dimuat naik ke dalam media.

MAS_FAKE2


Petikan dari deskripsi gambar beliau berbunyi, " Terkejut kerana gambar ini berada di dalam media!. Sesiapa yang pernah naik kapal terbang tahu, keluarga yang ada anak kecil dibenarkan naik dahulu. Kapal terbang itu tidak kosong, sebaliknya ia penuh. Ianya sedih apabila pujian atas layanan(gambar) yang saya berikan digunakan untuk menyerang syarikat penerbangan yang sedang menghadapi saat getir. Kita sepatutnya memberikan semangat."

Nampaknya, jelas dan nyata usaha pihak tidak bertanggung jawab yang membuat spekulasi hanya kerana dua gambar ini. Spekulasi tentang reputasi buruk MAS ini telah dilaporkan di beberapa laman berita barat seperti mashable.com, Yahoo Singapore News, New York Daily News, Metro UK dan juga beberapa laman berita tempatan.

Jelas sekali usaha mereka untuk menjatuhkan imej MAS dan Malaysia - SiakapKeli.com


#MASAIRLINES Rakyat Malaysia akan tetap bersamamu. Jatuh atau bangun.
Susah senang bersama. – MalayaMania

AMUK WANITA–KERETA BARU KENA LANGGAR SEDIKIT


Screenshot aksi wanita Melayu mengamuk kereta kena langgar.
Video penuh disini:  Wanita Mengamuk Kereta Dilanggar

Sebuah video berdurasi 2.32 minit menjadi ‘viral’ rata-rata diseluruh media sosial. Video tersebut memaparkan aksi biadab seorang wanita Melayu yang mengamuk selepas keretanya dilanggar. Selain memaki hamun dan meninggikan suara,wanita tersebut tanpa belas kasihan turut mengetuk-ngetuk kereta lelaki tua yang melanggar keretanya dengan menggunakan batang pengunci stereng. Agak kurang ajar di situ.  Kejadian dirakamkan di Kuantan dimana video asalnya telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Jessica Qi.

Justeru penyebaran video tersebut di media-media sosial,rata-rata penonton menzahirkan rasa kemarahan mereka terhadap wanita tersebut. Antaranya:

”Kereta rosak boleh dibaiki,akhlak rosak baik mampus” – Mohd Hazwan

”Lepas ni kalau nampak CDM 25 ni, bukak tingkap, jerit ‘I know what you did last Ramadhan!" – Mija I

”Biadap dan bahasa tak mencerminkan luaran, shame on you! minta rm2k, suruh tgk plate no., sombong tak bertempat” – Ivy M


p/s: Perkara langgar-dilanggar-melanggar memang umumnya tidak dapat dielakkan. Tapi bila terjadi,kawal la emosi. Tak salah untuk berbincang atau slow talk. Tuhan kurniakan kita akal untuk berfikir dan bertindak secara MATANG bukan secara BINATANG.

INFO CARA PENGGUNAAN GEAR AUTOMATIK DENGAN BETUL


Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal. Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda.

JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse akan nyala sekejap. Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau cepat rosak.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. Tekan brek kaki
2. Masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer).
3. Tarik hand brek
4. Lepas brek kaki

Bila nak jalan balik:
1. Tekan brek
2. Masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek
4. Lepas brek kaki
5. Tekan minyak
PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR
1. Tekan tombol semasa menukar 
P > R
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. Jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D
KENAPA?? Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear. Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak. Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear terus ke R.

Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear, kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan tombol gear.

p/s: Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat!

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P – Parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. Gear akan disekat. Jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.

R - Reverse, untuk mengundur kereta anda

N - Neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. Bukan parking! Jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

D – Drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive - Gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. Gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3

3 – Setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 - Ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya. Tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L - Low gear, gear pertama


Kredit: IsuPanaz