Showing posts with label Mindblowing. Show all posts
Showing posts with label Mindblowing. Show all posts

KEJAM! BELAH PERUT IBU HAMIL,CURI BAYI

 

Maria Rodriguez mengaku membunuh seorang ibu hamil dengan
membelah perut mangsa

Mexico City: Seorang wanita mengaku menikam seorang ibu yang hamil lapan bulan sebelum membelah perut mangsa untuk mencuri anak dalam kandungannya.

Maria Rodriguez, 29, dari wilayah Tepic, memberitahu polis, dia mengambil keputusan membunuh Nadia Avila dan mencuri bayi yang dikandungnya selepas menipu keluarganya bahawa dia hamil.

Menurut polis, dia kini berdepan dengan tuduhan membunuh bayi berkenaan dan ibunya.

Ketika menceritakan tindakannya itu, Maria berkata, dia mulanya memukul mangsa hingga pengsan selepas mempelawa Nadia ke rumahnya dengan alasan untuk memberikan baju bayi.

“Apabila saya menekup mulutnya, dia menggigit saya. Saya mengikat tangannya ke belakang untuk mempertahankan diri. Tetapi, ketika itu saya belum membunuhnya.

“Dia menjerit, meminta saya membiarkannya. Saya memukulnya lagi hingga dia pengsan.

“Kemudian saya melondehkan seluarnya dan menikam perutnya.

“Dia bergerak sedikit. Saya membelah perutnya dan mengambil anak itu secepat mungkin kerana tidak mahu dia mati.

“Tetapi saya gagal mengambil bayi berkenaan. Saya melakukannya secara paksa dan berjaya tetapi dia mati,” kata Maria.

Maria memberitahu polis, dia terlalu inginkan bayi, tetapi tidak tahu untuk memberitahu keluarganya yang dia tidak hamil.

“Sebelum ini haid saya lewat dan memeriksa darah, tetapi keputusannya negatif. Saya begitu perlukan anak dan semua anggota keluarga menyangka saya hamil. Tetapi saya hanya memperdayakan mereka dan akhirnya, tidak tahu untuk memberitahu keadaan sebenar.

“Tetapi, apabila melihat Nadia yang sarat mengandung, terlintas di hati saya, inilah peluang saya. Saya tidak mengenalinya langsung dan hanya dua kali melihatnya. “Saya memutuskan untuk mencuri kandungannya,” kata Maria.

Dia ditangkap selepas memanggil pasukan perubatan untuk membawa mayat bayi yang dikeluarkannya dari perut mangsa supaya boleh memberitahu keluarganya bahawa dia keguguran.

“Bagaimanapun, pasukan perubatan mula mengesyaki sesuatu apabila wanita itu tidak membenarkan mereka memasuki rumahnya,” kata jurucakap polis. Maria melarikan diri apabila pasukan perubatan mendesak untuk memeriksanya.

Bagaimanapun, dia berjaya dikesan dan ditahan selepas suami Nadia, Juan Hernandez membuat laporan mengenai kehilangan isterinya. – myMetro

JANIN SELAMA 36 TAHUN DI DALAM PERUT IBU BERJAYA DIKELUARKAN


Hasil X-ray keatas mangsa menemui rangka janin.
(Sumber foto: AFP)

Doktor di India telah berjaya mengeluarkan rangka janin yang telah lama berada di dalam perut seorang wanita dipercayai selama 36 tahun. Doktor turut mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kehamilan ektopik (kehamilan luar rahim) paling lama di dunia.

Mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 60 tahun dilaporkan pernah hamil pada usia 24 tahun tetapi telah mengalami keguguran kerana janinnya tumbuh di luar rahim. Oleh kerana faktor kemiskinan dan takut untuk menjalani pembedahan membuang mayat janin tersebut, wanita tersebut hanya mencari ubat tahan sakit di sebuah klinik tempatan.

Walaupun kesakitan beransur-ansur reda, ia kembali menyerang beberapa tahun kemudian lantas memaksa wanita itu untuk mendapatkan bantuan perubatan di sebuah hospital di barat India, kata Murtaza Akhtar.

"Dia datang kepada kami mengadu sakit di bahagian perut," kata Akhtar, ketua pembedahan di N.K.P Salve, Institut Sains Perubatan di bandar Nagpur.

Hasil pemeriksaan, doktor menjumpai beberapa ketulan di bahagian bawah abdomen kanannya dan ditakuti ia boleh menjadi kanser. Namun, setelah menjalani beberapa ujian lanjut, hasil imbasan menemui sebuah rangka matang di dalam rahim wanita tersebut.

Hasil pembedahan sekumpulan doktor di Nagpur, rangka tersebut berjaya dikeluarkan hasil pembedahan yang melibatkan rahim, usus dan pundi kencing wanita tersebut. Mangsa dilaporkan stabil dan beransur pulih.

Doktor menyifatkan kejadian seorang wanita berusia 60 tahun dengan janin berada dalam perutnya selama 36 tahun itu sebagai salah satu keajaiban dalam dunia perubatan yang jarang terjadi. Rekod perubatan mendedahkan kes yang sama pernah terjadi ke atas seorang wanita Belgium dimana janin berada dalam perutnya selama 18 tahun. – AFP

Rangka janin yang berjaya dikeluarkan
(Sumber foto: AFP)

INFO - Kehamilan ektopik adalah kehamilan yang berkembang diluar rahim, biasanya didalam tiub falopio. Situasi ini boleh membahayakan nyawa kerana dapat menyebabkan pecahnya tiub falopio jika kehamilan berkembang.

GADIS 17 TAHUN MAUT AKIBAT #ICEBUCKETCHALLENGE (VIDEO)

 

 

ALS Ice Bucket Challenge merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) di mana peserta harus menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya lalu mencalonkan 3 orang yang lain untuk melakukan perkara yang sama. Jika tidak dapat melakukannya, mereka harus menyumbangkan $100 ke yayasan ALS. Ia bertujuan untuk mengutip derma bagi membiayai pusat penyelidikan & mencari penawar utk penyakit ALS ni.

Namun, satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku ke atas Nancy, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dari Missisippi yang berani menyahut cabaran Ice Bucket Challenge tersebut.

Menurut laporan, gadis berkenaan telah menyahut cabaran tersebut dan merakam aktiviti tersebut di belakang rumah bersama adik dan sepupunya. Sepupunya, Shawn Oley berdiri di atas pelantar dengan baldi besar penuh dengan air dan ais bersedia untuk mencurah ke atas Nancy.

Malang tidak berbau, baldi berkenaan terlucut dari tangan Shawn dan menimpa kepala Nancy. Nancy kemudiaannya dikejarkan ke pusat kesihatan Universiti Misssissippi dalam keadaan kritikal.

Gadis malang itu kemudiaanya meninggal dunia akibat kecederaan parah dileher. Keluarga beliau berharap kejadian tersebut akan memberi kesedaran kepada yang berani untuk menyahut cabaran tersebut supaya lebih berhati-hati.  Lihat Video di sini (0.22)


INFO - Tujuan menyimbah ais ke tubuh seseorang adalah kerana kesan yang kita rasai apabila sebaldi air berisi ais disimbah ke tubuh kita adalah sama dengan apa yang dirasai oleh pengidap penyakit ALS ini. ALS adalah sejenis penyakit yg mengganggu urat saraf di dalam otak dan saraf tunjang. Gangguan saraf ini kemudiannya akan menjadikan pesakit itu lumpuh dan akhirnya meninggal dunia.

MILITAN ISIS DAKWA MEMENGGAL KEPALA WARTAWAN WARGA AS

 

Screenshot James Foley sebelum dibunuh dengan kejam oleh militan ISIS


IRAQ – Seorang wartawan dari Amerika Syarikat, James Wright Foley, 40, telah dipenggal kepala oleh kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) sebagai membalas dendam kepada Amerika Syarikat kerana melancarkan serangan udara terhadap pejuang mereka di Iraq.

Kumpulan tersebut telah mengeluarkan satu video menunjukkan seorang militan bertopeng bersama Foley sebelum dia dibunuh dengan kejam. Foley dilaporkan hilang sejak November 2012 selepas diculik kumpulan  bersenjata ketika membuat liputan untuk agensi beritanya di utara Syria.

Menurut sumber, imej kepalanya dipenggal itu telah dimuat naik dalam media sosial sebagai pesanan kepada Amerika Syarikat.

Selepas Foley dibunuh, ISIS memberi amaran bahawa seorang lagi wartawan Amerika Syarikat, Steven Sotloff, yang hilang sejak tahun lepas juga akan dibunuh selepas ini namun nasibnya bergantung kepada arahan Presiden AS, Barack Obama untuk menghentikan tindakan ketenteraan terhadap kumpulan jihad.

Sebelum dibunuh, Foley telah menyampaikan mesej kepada abangnya John, yang berkhidmat sebagai anggota tentera udara Amerika Syarikat.

“Saya akan mati hari ini John, apabila rakan sekerja awak mengugurkan bom ke atas mereka ini, Mereka (Amerika Syarikat) telah menandatangani sijil kemajian saya,’’ katanya.

Dalam mesejnya itu juga, Foley turut merayu diberikan masa sebelum dibunuh, supaya dia dapat melihat keluarganya semula.

“Saya berharap saya mempunyai banyak masa. Saya berharap mendapat kebebasan dan melihat keluarga saya semula namun semua itu telah berlalu. Saya berharap saya bukannya rakyat Amerika Syarikat,’’ demikian kata-kata menyayat hati Foley sejurus sebelum dibunuh.

Menurut saksi, Foley diculik di wilayah Idlib pada 22 November 2012. Keluarganya tidak mendengar khabar dari beliau sejak itu, walaupun dengan adanya kempen awam untuk mendapatkan maklumat. - Awani

PELIK! PEKERJA RUMAH MAYAT BUAT SEKS DENGAN LEBIH 100 MAYAT

 

Gambar sekadar hiasan.


Seorang pekerja rumah mayat di Ohio mengakui bahawa dirinya sudah mengadakan hubungan seks dengan lebih 100 mayat wanita sepanjang bekerja di situ.

Pekerja rumah mayat yang dikenali Kenneth Douglas mendedahkan perkara itu sewaktu perbicaraan yang berlangsung di mahkamah, baru-baru ini.

Perbuatannya mula terbongkar pada tahun 2008 apabila air maninya ditemui pada salah seorang wanita yang menjadi mangsa bunuh. Isteri Douglas pernah melaporkan perbuatan keji tertuduh kepada pengurus rumah mayat itu, namun tidak diendahkan, lapor Agensi.

KEJAM! KANAK-KANAK DICABUL,DIBUNUH,DAGING DIJUAL RM8


Gambar sekadar hiasan.


Pekanbaru: Suspek pembunuhan kanak-kanak yang menjadi korban pasangan suami isteri gila seks baru-baru ini mengaku menjual daging mangsa pembunuhan itu ke beberapa warung makan.

Menurut suspek terbabit, daging manusia itu tidak dijual melalui skala runcit sebaliknya secara pukal.

Ketua Komosi Nasional Perlindungan Kanak-kanak, Arist Merdeka Sirait berkata, selepas daging itu dilapah daripada tulang ia dimasukkan ke karung plastik dan dijual kepada pemilik kedai makan di sekitar Kota Perawang di Siak.

Suspek mengaku sekarung plastik boleh mencapai harga Rp30,000 (RM8).

Namun pemilik kedai makan itu tidak tahu mereka membeli daging manusia kerana dimaklumkan, ia adalah daging rusa,katanya.

Minggu lalu media melaporkan polis Riau menangkap sepasang suami isteri dan dua kenalan mereka yang menculik sebelum membunuh sehingga tujuh kanak-kanak.

Polis mendapati pasangan suami isteri itu mencabuI atau meIiwat mangsa sebelum dibunuh.

Pasangan itu kemudian berasmara sejurus selepas membunuh mangsa.

Dua pembantu mereka kemudian memotong badan mangsa sebelum sebahagiannya dibuang, manakala yang lain dijual kepada pemilik kedai makan. Suspek tutut mengakui aktiviti menjual daging kanak-kanak itu dilakukan sejak beberapa bulan lalu.

Jika pemilik warung bertanya mengapa mereka menjual daging rusa itu, suspek berdalih kononnya untuk wang membaik pulih motosikal,katanya. - Agensi

#MH17: KRONOLOGI NAHAS PESAWAT (6 GAMBAR CRASH SITE)


malaysia-5

 

1. Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam pada Khamis, 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada hari berikutnya.

2. Boeing 777 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dekat bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko.

3. MAS mengesahkan menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) 30 kilometer dari Tamak, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.

4. Angkatan Tentera Ukraine menafikan tidak terbabit dalam insiden pesawat Malaysia yang dipercayai terhempas di timur Ukraine.

5. Pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine menuduh “pengganas” menggunakan peluru berpandu darat ke udara untuk menembak pesawat itu, kejadian yang menegangkan lagi kemelut antara Kiev dan Moscow. Pesawat berkenaan ditembak dengan peluru berpandu dari darat ke udara.

6. Sergei, seorang anggota pemisah menafikan pihak pemberontak tidak mempunyai senjata yang mampu menembak jatuh sebuah pesawat dari ketinggian itu.

7. Komander pemberontak Ukraine “Donetsk People Republic” mengaku tersalah melepaskan tembakan terhadap pesawat MAS itu yang mempercayai ia pesawat pengangkut besar tentera Ukraine.

#PRAYFORMH17

Di bawah, gambar-gambar lokasi Pesawat MH17 terhempas:

 

GEMPAR, VIDEO LUBANG "PENGAKHIRAN DUNIA" MUNCUL DI RUSIA !


Lubang yang terbentuk di kawasan Siberia, Rusia ini sungguh misteri dan
menimbulkan banyak tanda tanya


Satu kawasan besar yang misteri telah terbentuk di satu bahagian di Siberia, Rusia, yang diberi jolokan sebagai "Pengakhiran Dunia", lapor Siberian Times.

Video menunjukkan lubang sebesar 260 kaki yang menggemparkan kawasan tersebut, sehinggakan sekumpulan saintis Rusia dijangka tiba di sana hari ini untuk menyiasat puncanya.

Seorang jurucakap kerajaan di Semenanjung Yamal memberitahu yang kawah itu bukan kesan hentaman meteor, manakala RT.com menyebut tentang teori geologi, iaitu pemanasan suhu menyebabkan ais beku mencair, melepaskan gas semulajadi dan membentuk lubang.

Kawasan itu dilaporkan dekat dengan pelantar gas Bovanenkovo. USA Today

TUMOR SEBERAT 110 KG BERJAYA DI BEDAH


Yang Jianbin sebelum menjalani pembedahan membuang
ketumbuhannya


Beijing: Pakar bedah berjaya membuang ketumbuhan yang dipercayai paling besar di dunia dari kaki seorang lelaki selepas ia membesar sehingga mencapai berat 110 kilogram.

Yang Jianbin, 37, dari China, dilahirkan dengan tanda lahir di belakang badannya yang lama-kelamaan membesar kepada ketumbuhan seberat 110kg, dua pertiga daripada berat badannya.

Ketumbuhan yang begitu besar itu menyebabkan Yang hanya dapat berbaring atau duduk di atas katil sepanjang hari.

Keadaan perubatan itu dipanggil 'neurofibromatosis' yang merupakan satu gangguan genetik yang menjejaskan pertumbuhan normal tisu sel.


Doktor mengambil masa selama 16 jam untuk membuang
ketumbuhan 110 kg pada Yang
  

Dia menjalani pembedahan pertama apabila dia berusia 12 tahun di mana pada masa itu tumornya telah membesar kepada saiz genggaman.

Ketua pakar bedah Chen Minliang berkata: "Kami telah melihat pesakit neurofibromatosis sebelum ini, tetapi ini adalah tumor saraf terbesar yang kami pernah kami lihat."

Yang telah ditempatkan di dua buah katil hospital semasa pembedahan yang berjalan selama 16 jam  dan melibatkan 9 orang doktor.

Ketika dibedah, Yang menerima 5,000 mililiter darah, melebihi kandungan darah pada tubuh orang dewasa. Kesihatan Yang dilaporkan semakin pulih dan dia dijangka keluar dari hospital hujung bulan ini.

Sementara itu, seorang kanak-kanak dilaporkan mempunyai ketumbuhan sebesar buah tembikai dan dijadual menjalani pembedahan sedikit masa lagi. - Agensi

KAYU TERBANG TEMBUSI DAHI

Nasib malang warga Nepal apabila dahi ditembusi kayu ketika sedang bekerja.
Foto oleh Jaafar Mulup.


Gemas

: Seorang pekerja kilang papan warga Nepal terpaksa menahan kesakitan akibat dahinya ditembusi sebatang kayu sebesar jari telunjuk dan sepanjang 1.5 meter, di Gemas, pagi tadi.

Difahamkan dalam kejadian jam 8.50 pagi itu mangsa sedang bertugas memotong kayu di kilang papan itu dan secara tiba-tiba serpihan kayu itu 'terbang' lalu menusuk dan menembusi dahi mangsa.

Pihak majikan menghubungi Klinik Kesihatan Gemas meminta bantuan ambulans bagi menghantar mangsa ke hospital.

Pegawai Bomba Kanan I Kamaruddin Salleh daripada Balai Bomba dan Penyelamat Gemas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.51 pagi dan bergegas ke tempat kejadian bersama enam anggota untuk bantuan menyelamat.

Beliau berkata, disebabkan kayu yang menembusi dahi mangsa terlalu panjang mesin pemotong khas terpaksa digunakan.

"Bomba memerlukan tujuh minit untuk memotong kayu berkenaan menggunakan mesin khas bagi mengurangkan impak kecederaan lebih serius kepada mangsa selain meminimumkan kesakitan dialaminya," katanya.

Katanya, kakitangan Klinik Kesihatan Gemas turut membantu operasi sebelum mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk rawatan lanjut. – Harian Metro

WANITA DAKWA DIHUBUNGI MENDIANG NENEK MENERUSI GAMBAR SELFIE

Mihai percaya dia dihubungi mendiang neneknya dari 'alam lain' menerusi gambar selfie
yang ditemui di dalam telefon bimbitnya. Foto CEN



SEORANG

wanita warga Romania mendakwa neneknya yang meninggal dunia telah menghubunginya dari 'kubur' dengan mengirimkan gambar selfie.

Gina Mihai, 34, berkata, dia menemui sekeping gambar mendiang neneknya di dalam telefon bimbitnya dan mempercayai roh neneknya itu sedang cuba untuk mendapatkan bantuan selepas seorang tukang tilik nasib memberitahunya bahawa neneknya sedang dihukum 'di dalam kehidupan lain'.

"Saya terkejut selepas melihat wajah nenek saya yang telah meninggal dunia di dalam telefon bimbit," katanya.

Mihai berkata, di dalam gambar itu terdapat sesuatu kelihatan seperti seekor ular yang melingkari leher mendiang neneknya, dan keseluruhan imej kelihatan seperti diambil menerusi satu lubang seolah-olah sebagai gambaran yang memisahkan antara yang hidup dan yang mati.

Tambahnya: "Saya menunjukkan gambar itu kepada seorang tukang tilik nasib yang kemudiannya memberitahu saya bahawa mendiang nenek saya cuba untuk menyampaikan mesej dari alam lain, dan ular yang melingkari lehernya merupakan simbol dia sedang dihukum dari dunia lain kerana melakukan dosa.

Mihai percaya dia mungkin antara punca mendiang neneknya dihukum kerana tidak membawa makanan ke kubur neneknya, satu penghormatan secara tradisi yang dilakukan sebagai sedekah semasa perayaan orang Romania.

Kredit: MStar


p/s: Fenomena “selfie” di mana-mana saja sekarang ni. Yang da KONG pun tah mahu ketinggalan :P

KEJAM, MAYAT DIGANTUNG SETELAH DIROGOL BERGILIR-GILIR TIGA LELAKI


ISLAMABAD : Seorang wanita dirogol secara bergilir-gilir, dibunuh dan mayatnya digantung pada pokok, dalam satu kes yang hampir sama dengan kejadian pemerkosaan dan pembunuhan dua gadis di India bulan lalu.

Polis di Pakistan berkata, Muzammil Bibi, 21, diserang tiga lelaki di sebuah ladang di kawasan Layyah di wilayah Punjab. Menurut polis, apabila mangsa enggan, mereka bergaduh. Kejadian dikatakan berlaku Khamis lalu, tetapi dilapor kepada polis keesokannya selepas penduduk tempatan menemui mayat mangsa tergantung pada pokok.

Jurucakap polis, Ghazi Salahudin berkata, Muzammil, anak sulung daripada lapan beradik digantung selepas diperkosa supaya dia dilihat seperti membunuh diri. Menurut polis, Saqib berkenalan dengan mangsa enam bulan lalu selepas mengunjungi rumahnya selaku pembantu pemborong sayur.

Sehari sebelum pembunuhan itu, Saqib membawa Muzammil ke kedai tempat dia bekerja. Dia membawanya ke atas loteng bangunan kedai itu, tempat dua rakannya menunggu. Apabila Saqib memujuknya supaya mengadakan seks dengan ketiga-tiga mereka, Muzammil melawan. Mangsa kemudian dirogol secara bergilir-gilir sebelum dibunuh. Dalam kejadian serupa di utara India bulan lalu, dua gadis berusia belasan tahun ditemui tergantung pada sebatang pokok selepas dirogol secara bergilir-gilir.

Tiga lelaki ditangkap sementara dua anggota polis ditahan kerana cuba menyembunyikan jenayah itu. – Agensi


Kredit: IsuPanaz