Ekoran penyebaran beberapa foto di internet yang didakwa adalah isteri kepada Awie yang dibelasah teruk baru-baru ini, vokalis kumpulan Wings itu akhirnya mengakui dia sudah dipanggil pihak polis untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan mengenai dakwaan dia memukul isterinya, Rozana Misbun.
Awie membuat pengakuan itu kepada akhbar Kosmo bertarikh 29 Jun. Sebelum ini Awie dalam satu sidang media enggan mengulas lanjut apabila ditanya sejauh mana kebenaran gosip yang mendakwa dia adalah penyanyi rock yang dikatakan telah membelasah isteri di sebuah bank berdekatan Ampang, Kuala Lumpur. Jelas Awie, kisah rumahtangganya adalah perkara peribadi yang tidak harus dikongsi kepada umum.
"Laporan itu tidak menyebut pun penyanyi rock yang dimaksudkan itu adalah saya. Jadi buat apa saya mahu komen? Banyak lagi penyanyi rock di Malaysia ini, bukan saya seorang sahaja. Setakat ini, saya tidak mahu mengiyakan atau menidakkan. Perihal keluarga dan rumah tangga adalah sesuatu yang saya anggap amat peribadi, jadi lebih elok saya tidak beri sebarang komen. Saya hanya akan komen sekiranya ada bukti yang sah bahawa sayalah orang yang dimaksudkan," kata pemilik nama penuh Ahmad Azhar Othman ini ketika itu.
Kredit: Yahoo

0 komen:
Post a Comment