IMEJ MALAYSIA AIRLINES (MAS) CUBA DIBURUKKAN MEDIA BARAT

Tidak dapat dinafikan kejadian misteri kehilangan pesawat MH370 serta susulan kejadian MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine telah banyak memberi kesan buruk terhadap imej Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Setelah dua tragedi besar tersebut melanda MAS, pelbagai andaian dibuat terhadap reputasi syarikat penerbangan itu yang semakin tergugat. Keadaan dikeruhkan lagi apabila terdapat segelintir pihak yang cuba memanipulasikan keadaan untuk memburukkan lagi imej MAS seperti apa yang diwar-warkan oleh sebuah media barat ini.

MAS


Dua gambar di atas yang menunjukkan gambar penerbangan MAS menunjukkan kabin kosong dijadikan sumber bagi media terutamanya dari barat untuk membuat cerita bahawa reputasi MAS telah tergugat.

Berita dari mashable.com "MAS bakar $2Juta Sehari, sedangkan pesawat semakin kosong", menjadi popular dan viral di internet.

Tetapi, pemilik asal gambar telah menceritakan keadaan sebenar setelah terkejut gambarnya telah dimuat naik ke dalam media.

MAS_FAKE2


Petikan dari deskripsi gambar beliau berbunyi, " Terkejut kerana gambar ini berada di dalam media!. Sesiapa yang pernah naik kapal terbang tahu, keluarga yang ada anak kecil dibenarkan naik dahulu. Kapal terbang itu tidak kosong, sebaliknya ia penuh. Ianya sedih apabila pujian atas layanan(gambar) yang saya berikan digunakan untuk menyerang syarikat penerbangan yang sedang menghadapi saat getir. Kita sepatutnya memberikan semangat."

Nampaknya, jelas dan nyata usaha pihak tidak bertanggung jawab yang membuat spekulasi hanya kerana dua gambar ini. Spekulasi tentang reputasi buruk MAS ini telah dilaporkan di beberapa laman berita barat seperti mashable.com, Yahoo Singapore News, New York Daily News, Metro UK dan juga beberapa laman berita tempatan.

Jelas sekali usaha mereka untuk menjatuhkan imej MAS dan Malaysia - SiakapKeli.com


#MASAIRLINES Rakyat Malaysia akan tetap bersamamu. Jatuh atau bangun.
Susah senang bersama. – MalayaMania

0 komen:

Post a Comment