Foto screenshot aksi buli “budak pailang”
KOTA SAMARAHAN: Mahkamah Majistret Kota Samarahan mengarahkan tiga pelajar perempuan yang terbabit dalam video budak pailang dihantar ke Sekolah Tunas Bakti masing-masing di Sabah, Terengganu dan Melaka selepas mengaku salah mencederakan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Asajaya, 25 April lalu.
Majistret Zulhairil Sulaiman mengarah tiga terbabit menjalani pemulihan akhlak selama dua tahun bermula hari ini.
Sekolah Tunas Bakti adalah institusi pemulihan akhlak yang ditubuhkan dibawah Seksyen 65 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi pemulihan dan jagaan bagi kanak-kanak/remaja yang terlibat dengan jenayah dan yang tidak terkawal.
Sebelum dihantar ke Sekolah Tunas Bakti mereka diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ditempatkan di Taman Sri Puteri Telaga Air, Kuching sementara mendapatkan tiket penerbangan. – BHarian

0 komen:
Post a Comment