API KEMARAHAN SUAMI





ANGGOTA forensik PDRM melakukan siasatan di rumah keluarga mangsa di
Kampung Abi Batas Paip, Kangar. FOTO Amran Hamid

Kangar : Seorang wanita berusia 23 tahun parah selepas dibakar suami yang marah kerana mengesyakinya ada hubungan dengan lelaki lain di Kampung Abi Batas Paip di sini, pagi tadi.

Mangsa yang terbakar lebih 85 peratus itu disimbah petrol sebelum dicucuh dengan api ketika berada di dalam sebuah bilik di rumah mentuanya di sini, kira-kira 10 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Perlis Superintendan Tengku Zailah Tengku Ahmad Shah berkata, mangsa dipercayai dibakar suaminya yang juga berusia 23 tahun angkara cemburu

"Mangsa dikatakan mempunyai teman lelaki lain menyebabkan suaminya marah dan bertindak membakar wanita itu.

"Mangsa yang parah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyyah (HSB) bagi mendapatkan rawatan," katanya. - HarianMetro

0 komen:

Post a Comment