Manchester United yang terkenal dengan nama “The Red Devils” telahpun melancarkan jersi rekaan terbaru mereka bagi saingan musim 2014/2015. Kit jersi home berwarna merah yang dilancarkan itu turut memaparkan Chevrolet sebagai penaja baru menggantikan AON.
Rekaan kit jersi home terbaru Manchester United
Michael Carrick, De Gea, Juan Mata memperagakan kit jersi
home terbaru Manchester United.
Sumber foto: manutd.com
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Manchester United, jersi tersebut merangkumi identiti asli kelab tersebut iaitu berwarna merah dengan mendapat sentuhan baharu di bahagian kolar dan lengan berwarna putih yang ditambah dengan trim merah dan hitam.
Kit baru ini dijangka melakukan debut pertamanya pada aksi Tour Musim Panas Manchester United menentang MLS LA Galaxy pada 23 Julai, 2014.
Bagi peminat setia Manchester United, rekaan terbaru ini adalah antara rekaan yang terbaik dan berharap agar pasukan kesayangan mereka ini mampu memberi persembahan terbaik untuk musim yang akan datang setelah musim 2013/2014 berlalu dengan hambar. Dengan munculnya rekaan jersi baru di tambah pula dengan kedatangan pengurus baru, Louis Van Gaal, musim 2014/2015 pastinya menjanjikan permulaan era baru bagi Manchester United.

0 komen:
Post a Comment