PIALA DUNIA: ARGENTINA RANAPKAN IMPIAN BELANDA MARA KE FINAL

 

Sergio Romero muncul hero Argentina setelah berjaya menyelamatkan
dua sepakan penalti

Sau Paulo: Pertemuan semi final awal pagi tadi menyaksikan Argentina berjaya meranapkan impian Belanda untuk mara ke final setelah menang 4 – 2 menerusi penentuan sepakan penalti. Kemenangan tersebut membawa Argentina ke pentas final yang pertama sejak tahun 1990.

Secara purata,permainan yang ditunjukkan kedua-dua pasukan agak seimbang namun skuad Belanda di lihat mempamerkan cara permainan yang agak “defensive” berbanding Argentina yang lebih banyak melakukan serangan.

Setelah 120 minit berlalu tanpa sebarang jaringan, laluan ke final terpaksa di tentukan melalui sepakan penalti. Kemenangan Argentina di inspirasi oleh penjaga gol mereka, Sergio Romero yang cemerlang menepis dua sepakan penalti, masing-masing sepakan daripada Ron Vlaar dan Wesley Sneijder sekaligus membawa skuad Argentina bertemu Jerman di pentas Final Piala Dunia 2014. Kali terakhir mereka layak ke final ialah sewaktu di Itali pada tahun 1990 sebelum tewas 0-1 kepada Jerman.

Gol sepakan penalti Belanda vs Argentina (GOAL.COM)


Belanda: Jasper Cillesen, Ron Vlaar, Stefan De Vrij, Martins Indi (Daryl Janmaat), Daley Blind, Dirk Kuyt, De Jong (Jordy Classie), Georginio Wijnaldum, Wesley Sneijder, Arjen Robben, Robin Van Persie (Huntelaar)

Argentina: Sergio Romero, Pablo Zabaleta, Ezequiel Garay, Marcos Rojo, Martin Demichelis, Lucas Biglia, Ezequiel Lavezzi (Maxi Rodriguez), Enzo Perez (Rodrigo Palacio), Javier Mascherano, Gonzalo Higuain (Sergio Aguero), Lionel Messi

4 fakta menarik setelah perlawanan Argentina vs Belanda:

1 – Ini merupakan final Piala Dunia kelima bagi Argentina dan yang pertama sejak 24 tahun terakhir. Menjadi juara Piala Dunia dua kali iaitu pada tahun 1978 dan 1986

2 – Hanya ada satu negara yang pernah menang dua kali drama penalti dalam satu Piala Dunia iaitu Argentina pada tahun 1990

3 – Jasper Cillisen, penjaga gol Belanda telah menghadapi 8 penalti di Eredivisie, 3 kali di Liga Champions, dan 2 kali di Piala Dunia. Namun tidak pernah satu kali pun berjaya menyelamatkan sepakan penalti

4 – Loius van Gaal telah menggunakan 22 dari 23 pemain yang di bawanya ke Piala Dunia di Brazil. Hanya penjaga gol, Michel Vorm yang tidak di turunkan.

0 komen:

Post a Comment