PIALA DUNIA: JERMAN, BRAZIL TEMPAH TIKET KE SEPARUH AKHIR

Pasukan Jerman dan Brazil berjaya menempah tiket ke slot separuh akhir Piala Dunia 2014 selepas berjaya menundukkan lawan masing-masing pada aksi suku akhir yang berlangsung awal pagi tadi.


Skuad Jerman berjaya ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2014 selepas meraih kemenangan tipis menentang pasukan Perancis dengan jaringan 1 - 0 di Estadio do Maracana , sekaligus meleburkan hasrat Perancis untuk mara ke peringkat seterusnya. Jaringan tunggal Jerman dihasilkan menerusi tandukan pemain pertahanan, Mats Hummels pada minit ke-12. Keputusan 1-0 itu telah membawa Jerman ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan besar ini buat kali ke-4 berturut-turut. Jerman juga pernah mara ke final sebanyak tujuh kali.

Sementara itu,  tuan rumah , Brazil juga layak ke separuh akhir Piala Dunia 2014 selepas berjaya menundukan pasukan Colombia dengan jaringan 2-1 pada aksi di peringkat suku akhir. Gol Brazil dicetak oleh Thiago Silva minit ke 7 dan David Luiz minit ke 69.  Manakala Colombia mendapat gol menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh penyerang sensasi mereka, James Rodríguez minit ke 80. Hasil kemenangan itu, Jerman dan Brazil akan bertemu pada rabu ini jam 4 pagi pada aksi separuh akhir untuk merebut tempat ke pentas akhir Piala Dunia 2014.

p/s: Berita buruk untuk skuad Brazil apabila bintang sensasi mereka, Neymar, mendapat kecederaan vertebra ketika perlawanan menentang Colombia. Dia dijangka tidak dapat beraksi menentang Jerman kerana memerlukan masa beberapa minggu untuk pulih.

0 komen:

Post a Comment