WAK DOYOK: PENCINTA FESYEN
Mungkin hanya segelintir yang mengenali nama Tengku Muhammad Azwan Shah, tetapi jika disebut Wak Doyok, pencinta dan pereka fesyen pasti mengenalinya. Bukan setakat di Malaysia, malah Singapura, Indonesia, Jepun termasuklah pencinta fesyen Mods (The Modern Stylish) di Eropah turut mengenalinya. Wak Doyok, bukan artis popular sebaliknya penampilan pemuda ini yang berbeza berbanding kebanyakan gaya lelaki pada hari ini. Bermisai dan berjanggut tebal, gaya jejaka berusia 33 itu sarat aura maskulin era Inggeris 60-an.
GRADUAN KEJURUTERAAN & PEMILIK THE GARMENT
”Anda seorang graduan dalam bidang kejuruteraan dari salah sebuah universiti di Jerman, mengapa anda memilih bidang fesyen sebagai kerjaya?”
Saya terbabit dalam bidang ini sejak 1996 lagi walau bagaimanapun saya bergerak secara ‘underground’. Saya mula menggemari fesyen sekitar 1992 di mana ketika itu saya meminati fesyen Skinhead. Kecenderungan saya itu menyebabkan seorang rakan saya yang baru pulang daripada Britain memberikan saya Mods Bible yang menceritakan mengenai fesyen yang lebih hebat daripada Skinhead.
Dalam misi memperbesarkan jenama The Garment pula, ramai rakan menggalakkan saya terbabit dalam bidang fesyen secara ‘mainstream’ berbanding secara ‘underground’ memandangkan permintaan yang tinggi daripada pengikut saya.
The Garment sebelum dikenali di Malaysia, pengamal fesyen Mods di Britain, Jepun, Singapura dan pelbagai negara lagi sudah lama memakainya. Cuma baru sekarang mendapat permintaan daripada penggemar fesyen tempatan.
Strategi pemasaran Wak Doyok bermula dengan hanya mengeluarkan kemeja-T terlebih dahulu. Perancangan lebih besar beliau adalah untuk mengeluarkan pakaian untuk kaum lelaki. Selain menjadi pencetus fesyen di Malaysia, Wak Doyok turut menawarkan khidmat sebagai penasihat fesyen buat selebriti dan orang ramai. Antara selebriti yang sering bekerjasama dengan saya ialah Ameer Forteen, Pretty Ugly, Karl Shafek dan beberapa nama lagi.
Wak Doyok – “Saya suka melihat orang bergaya dan ingin membantu orang di luar sana yang ingin berfesyen. Saya melihat kerjaya ini sebagai satu bidang yang boleh membantu saya memberi sumbangan kepada komuniti khususnya mereka yang menghargai dan mengikuti perkembangan saya.”
Kredit: HM
Admin: Walaupun rupamu tidak ku kenal,tetapi misai jambungmu tatap menjadi pujaan hati kuuu…Cut.!!!
SIAPA ITU WAK DOYOK? AHLI MUZIK? LAWYER?
Posted on 4:09 PM by Malaya Mania
Categories: Hiburan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 komen:
Post a Comment