SULU MENGGANAS LAGI: SEORANG POLIS TERKORBAN,SEORANG LAGI DICULIK



Anngota polis yang menjadi mangsa dalam kejadian tersebut.
Kiri: Konstabel Zakiah Aliep (diculik), Kanan: Koperal Ab Rajah Jamuan (terkorban)


SEMPORNA : SEORANG POLIS MAUT SEORANG LAGI DICULIK | Sekali lagi bumi Sabah digegarkan dengan serangan yang dipercayai daripada pengganas Sulu. Kejadian berbalas tembakan yang berlaku lewat malam tadi di sebuah resort di Pulau Mabul menyebabkan seorang anggota polis gugur ditembak sementara seorang lagi rakannya diculik.

Kejadian itu disahkan Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mazlan Lazim, selepas beliau dihubungi, awal pagi tadi.

Menurut saksi, pihak polis sempat berbalas tembakan dengan kumpulan pengganas sebelum mangsa, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, gugur terkena tembakan. Seorang lagi rakan mangsa, Konstabel Zakiah Aliep, 26,  walau bagaimanapun dilaporkan hilang dan dipercayai dilarikan kumpulan pengganas tersebut.

Pasukan keselamatan dilaporkan sedang giat menjalankan gerakan besar-besaran bagi mengesan kumpulan bersenjata terbabit di sekitar perairan Semporna hingga ke sempadan selatan Filipina. Turut difahamkan tiada pelancong resort berkenaan mengalami kecederaan.

Menurut sumber, berikut ialah maklumat mengenai Anggota Polis yang Maut ditembak dan diculik dalam kejadian di Pulau Mabul lewat tengah malam tadi.

0 komen:

Post a Comment