BAHANA SUKA-SUKA,CINCIN BESI TERSEKAT PADA KEMALUAN


Sumber foto: Facebook rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.


KOTA BHARU - Malang bagi seorang lelaki berusia 23 tahun apabila tindakannya yang cuma suka-suka memasukkan cincin besi penyambung paip pada alat sulitnya, menyebabkan dia terpaksa menanggung kesakitan hampir 11 jam apabila cincin itu tersekat di pangkal kemaluannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki terbabit dikatakan  memasukkan gelung besi berkenaan ke bahagian kemaluannya selepas terjumpa besi berkenaan tidak jauh dari rumahnya . Bagaimanapun, dia gagal mengeluarkan gelung yang terlekat pada alat sulitnya. Beliau panik dan cuba mengeluarkannya secara paksa bersendirian hingga kemaluannya membengkak.

Setelah menderita dalam diam selama 11 jam, beliau akhirnya meminta bantuan bapanya untuk dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) kira-kira pukul 3 pagi keesokan hari (Ahad).

Namun, doktor tidak dapat melakukan rawatan kerana alat tersebut masih gagal dikeluarkan manakala alat sulitnya terus membengkak sehingga memaksa mereka memanggil  Bomba.

Ketua Zon Kota Bharu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Jamil Abdullah berkata, memandangkan besi tersebut berada di kedudukan pada pangkal zakarnya operasi untuk mengeluarkan besi terbabit amat rumit.

Bagi tujuan itu, pihaknya  terpaksa memanggil unit bantuan perubatan kecemasan yang dihantar ke hospital bagi menyelamatkan mangsa yang sedang kesakitan.

“ Usaha untuk mengeluarkan besi berkenaan mengambil masa hampir dua jam dengan menggunakan pemotong khas.

“Kerja-kerja mengeluarkan besi itu, dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kecederaan kepada mangsa. Sepanjang prosedur terbabit, mangsa tidak sedarkan diri selepas diberi ubat bius,” katanya ketika melawat mangsa di HRPZ II, petang semalam.

Jamil juga turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuba sebarang aksi yang pelik dan merbahaya seperti yang dilakukan lelaki itu. Ia merupakan kes pertama yang dilaporkan di daerah ini. – Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment