Johor: Sekumpulan remaja belasan tahun dilihat beraksi bagaikan samseng apabila video yang dimuat naik ke dalam media sosial tersebar luas. Kejadian dipercayai berlaku di sebuah ladang di Air Hitam.
Menyaksikan rakaman video tersebut, mangsa yang juga seorang remaja hanya mampu berdiam diri tanpa mampu melawan apabila diganyang sekumpulan remaja tersebut yang bertindak ganas memukul dan menendangnya sementara beberapa remaja lain dilihat begitu seronok merakam aksi tersebut.
Lihat Rakaman Video Di Sini (2.19)
Berikutan tersebarnya video tersebut, pihak polis telah menahan empat remaja lelaki berusia 14 hingga 15 tahun semalam bagi membantu siasatan.
Ketua Polis daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, tangkapan dilakukan bermula petang semalam selepas pihaknya berjaya mengenal pasti individu terbabit di dalam video itu.
Katanya, semua empat remaja itu ditahan reman sehingga 1 September ini bagi membantu siasatan. Sebatang kayu sepanjang kira-kira satu meter yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa turut dirampas. – Metro

0 komen:
Post a Comment