KANAK-KANAK 4 TAHUN MAUT TERPERANGKAP 8 JAM DALAM KERETA


Gambar sekadar hiasan.


ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia setelah ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta bapanya di kawasan letak kereta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang, petang kelmarin.

Mangsa, Muhammad Aqil Arfan Adnan dipercayai terperangkap lebih lapan jam dalam kereta Perodua Viva, sebelum ditemui bapanya Adnan Salleh, 40-an, yang merupakan guru agama sekolah itu pada jam 4 petang, selepas tamat waktu bekerja.

Difahamkan, mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Nerang, namun disahkan telah meninggal dunia.

Menurut jurucakap polis, mangsa, Muhammad Aqil Arfan Adnan ditinggalkan di dalam kereta bapanya yang diletakkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang sejak 7.30 pagi hingga 4 petang.

Katanya bapa kanak-kanak itu telah meletakkan kenderaan di sekolah itu tanpa menyedari anaknya sedang tidur di dalam kereta itu.

“Dia sepatutnya menghantar anaknya ke tadika. Pada pukul 4 petang apabila hendak mengambil keretanya dia mendapati anaknya berada dalam kereta itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Nashir Ya ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 304 kanun keseksaan.

0 komen:

Post a Comment