MILITAN ISIS DAKWA MEMENGGAL KEPALA WARTAWAN WARGA AS

 

Screenshot James Foley sebelum dibunuh dengan kejam oleh militan ISIS


IRAQ – Seorang wartawan dari Amerika Syarikat, James Wright Foley, 40, telah dipenggal kepala oleh kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) sebagai membalas dendam kepada Amerika Syarikat kerana melancarkan serangan udara terhadap pejuang mereka di Iraq.

Kumpulan tersebut telah mengeluarkan satu video menunjukkan seorang militan bertopeng bersama Foley sebelum dia dibunuh dengan kejam. Foley dilaporkan hilang sejak November 2012 selepas diculik kumpulan  bersenjata ketika membuat liputan untuk agensi beritanya di utara Syria.

Menurut sumber, imej kepalanya dipenggal itu telah dimuat naik dalam media sosial sebagai pesanan kepada Amerika Syarikat.

Selepas Foley dibunuh, ISIS memberi amaran bahawa seorang lagi wartawan Amerika Syarikat, Steven Sotloff, yang hilang sejak tahun lepas juga akan dibunuh selepas ini namun nasibnya bergantung kepada arahan Presiden AS, Barack Obama untuk menghentikan tindakan ketenteraan terhadap kumpulan jihad.

Sebelum dibunuh, Foley telah menyampaikan mesej kepada abangnya John, yang berkhidmat sebagai anggota tentera udara Amerika Syarikat.

“Saya akan mati hari ini John, apabila rakan sekerja awak mengugurkan bom ke atas mereka ini, Mereka (Amerika Syarikat) telah menandatangani sijil kemajian saya,’’ katanya.

Dalam mesejnya itu juga, Foley turut merayu diberikan masa sebelum dibunuh, supaya dia dapat melihat keluarganya semula.

“Saya berharap saya mempunyai banyak masa. Saya berharap mendapat kebebasan dan melihat keluarga saya semula namun semua itu telah berlalu. Saya berharap saya bukannya rakyat Amerika Syarikat,’’ demikian kata-kata menyayat hati Foley sejurus sebelum dibunuh.

Menurut saksi, Foley diculik di wilayah Idlib pada 22 November 2012. Keluarganya tidak mendengar khabar dari beliau sejak itu, walaupun dengan adanya kempen awam untuk mendapatkan maklumat. - Awani

0 komen:

Post a Comment