BAYI MAUT LEBAM DI MUKA

Gambar sekadar hiasan

Kuala Lumpur: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan maut dengan kesan lebam di muka sebelum dibawa ke sebuah klinik kesihatan di Taman Melati, di sini, semalam.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, bayi berkenaan dibawa pengasuhnya ke klinik itu selepas dikatakan tidak sedarkan diri selain suhu badannya meningkat secara tiba-tiba.

Sumber berkata, bayi terbabit disahkan meninggal dunia di klinik berkenaan sebaik tiba dan pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai punca kematiannya.

“Polis sedang menyiasat punca kematian bayi itu sama ada dia didera atau sebaliknya,” kata sumber.

Ibu bapa bayi terbabit sudah dimaklumkan mengenai kejadian dan menyerahkan kepada polis tindakan selanjutnya.

Sumber berkata, polis akan mengambil keterangan daripada pengasuh dan ibu bapa bayi terbabit bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wang Maju Asisten Komisioner Nor Azman Muhamad Yusuf mengesahkan kematian bayi perempuan itu dan berkata, punca sebenar kematian masih lagi disiasat.-myMetro

0 komen:

Post a Comment