DUA ANGGOTA TENTERA, PENUNTUT UiTM MAUT NAHAS DI MACHANG

Dua buah kereta bertembung di Kilometer 4.5 Jalan Pasir Puteh-Machang,

yang membabitkan dua anggota tentera dan seorang penuntut UiTM maut.

(Sumber Foto: Berita Harian)

MACHANG: Tiga maut termasuk dua anggota tentera selepas kereta yang mereka naiki bertembung dalam kejadian di Kilometer 4.5 Jalan Pasir Puteh-Machang, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, seorang mangsa adalah penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang berusia 19 tahun.

Mereka yang meninggal dunia ialah Abdul Rahim Hat, 33; Shairul Saiful, 26 dan Nor Shafiz Nor Azim, 19.

Kesemua mangsa meninggal di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

0 komen:

Post a Comment