LAGI MURID JATUH SILING, PELAJAR TAHUN 6 KOMA DI KENINGAU

Gambar sekadar hiasan

KENINGAU: Seorang murid lelaki Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Ansip, di sini koma selepas terjatuh dari siling tingkat tiga bangunan kelasnya, pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 9.55 pagi itu menyebabkan mangsa yang berusia 12 tahun terhempas di lantai koridor dan dipercayai mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.-Kosmo

Mangsa kini dirawat di wad kecemasan Hospoital Keningau dan berada dalam keadaan koma.

Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau, Asisten Suprintendan Merbin AK Lisa ketika mengesahkannya berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kes itu pada jam 12.04 tengah hari.-Berita Harian

0 komen:

Post a Comment