TULANG DIPERCAYAI MILIK WANITA YANG DIBUNUH SUAMI SENDIRI DITEMUI DI BELAKANG RUMAH

Gambar sekadar hiasan

BUKIT MERTAJAM: Beberapa ketulan tulang dipercayai milik manusia ditemui di kawasan hutan di Kampung Datuk Keramat, Juru di sini, Rabu.

Sumber polis berkata ketulan tulang dipercayai jari tangan dan jari kaki dengan kesan terbakar itu ditemui dalam kawasan hutan berkenaan kira-kira pukul 1 pagi.

"Polis menjalankan pemeriksaan di kawasan hutan yang terletak tidak jauh dari kediaman sepasang suami isteri selepas menerima laporan daripada anggota keluarga mereka yang mendakwa wanita berkenaan (isteri) telah dibunuh.

"Menurut anggota keluarga itu, mereka ke rumah pasangan itu pagi semalam tetapi tidak dibenarkan masuk dan hanya suami wanita berkenaan kelihatan dalam keadaan mencurigakan," katanya di sini.

Beliau berkata lelaki itu kemudian dilapor meninggalkan rumahnya tanpa berkata apa-apa kepada anggota keluarga itu walaupun berulang kali ditanya mengenai isterinya.

Menurut sumber itu, anggota keluarga berkenaan bertindak masuk ke dalam rumah untuk memeriksa dan mendapati kesan darah di beberapa bahagian di rumah itu.

Beliau berkata sepasukan polis yang menjalankan pemeriksaan turut menemui kesan darah itu dan hasil pemeriksaan lanjut di kawasan hutan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah berkenaan, polis menemui beberapa ketulan tulang.

"Berdasarkan pemeriksaan, polis tidak menolak kemungkinan tulang yang ditemui itu mempunyai kesan bakar," katanya.

Beliau berkata operasi mencari oleh polis diteruskan pagi tadi.-mStar

Walaubagaimanapun, hasil siasatan telah mendapati mayat tersebut yang ditanam di dalam hutan itu malam tadi dipercayai dibunuh suaminya sendiri.

Mayat wanita berumur dalam lingkungan 20-an itu ditemukan selepas anak saudaranya yang curiga dengan kehilangan wanita berkenaan membuat laporan polis berikutan ternampak kesan darah di dalam rumah mangsa. – Utusan Online

0 komen:

Post a Comment