WANITA MAUT, 5 KANAK-KANAK CEDERA NAHAS DI BIDOR

Bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit

(Sumber Foto: Berita Harian)

SLIM RIVER - Seorang wanita maut manakala suami dan lima anaknya cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 366.7, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, di Bidor, dekat sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 2.04 pagi itu, mangsa, Wan Markiyah Wan Hamid,35, yang tersepit dalam kenderaan jenis Toyota Vellfire, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, A. Ravi berkata, kejadian berlaku ketika kenderaan dinaiki tujuh sekeluarga itu melanggar belakang sebuah treler yang sedang bergerak di lorong kanan jalan.-Kosmo

0 komen:

Post a Comment