KASIH LELAKI BERHATI MULIA

Mohd Salleh ditemui bersendirian di Masjid India Kuala Lumpur

(Sumber Foto: myMetro)

Kuala Lumpur: Dia tiada sebarang pertalian saudara, namun simpatinya terhadap seorang lelaki warga emas yang hidup bersendirian di Masjid India di sini bagai melebihi kasih-sayang terhadap ibu bapa apabila bukan saja sanggup dibawa menumpang dirumahnya, malah turut menguruskan makan pakai dan kencing berak orang tua itu.

Begitulah mulianya hati seorang lelaki, Ali Akbar Ahmad Kassim yang mencurahkan sepenuh tenaganya menjaga lelaki warga emas dikenali sebagai Mohd Salleh Miragani, 79.

Malah, Ali Akbar, 40, enggan gambarnya disiarkan selepas melihat jurugambar Harian Metro merakamkan perbuatannya sedang membantu Mohd Salleh menyiapkan diri.

“Biarlah Tuhan saja yang memberikan ganjaran. Saya lakukan ini ikhlas sebab kasihan melihat lelaki itu bersedih dan seperti hilang punca ketika saya menemuinya di Masjid India Kuala Lumpur pada Isnin minggu lalu.

“Saya memang selalu ke masjid berkenaan untuk bersolat sebab saya berniaga makanan di kawasan berdekatan. Pada hari itu selepas solat Zuhur, saya melihat ada seorang lelaki tua sedang duduk bersandar di dinding masjid bersendirian.

“Pada waktu Asar saya datang semula ke masjid untuk solat dan saya lihat lelaki sama masih berada di situ. Saya mendekatinya dan dia mengadu kelaparan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di Taman Setapak, di sini, semalam.-myMetro

0 komen:

Post a Comment