Keadaan Adam Zikri, 6, yang terlantar di Hospital Tuanku Jaafar Seremban akibat terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolah, di Seremban semalam.
(Sumber Foto: Berita Harian)
SEREMBAN: Murid kelas prasekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tasik Jaya di sini yang terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolah itu, kelmarin, tidak mengalami komplikasi serius akibat kecederaannya.
Bapanya, Faizul Khairy Zulkifli, 38, berkata Adam Zikri, 6, berada dalam keadaan stabil dan selesai menjalani pemeriksaan pengimbasan tomografi berkomputer (CT scan) dan imbasan magnetik resonan (MRI) di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), pagi tadi.
"Alhamdulillah, doktor memberitahu setakat ini mereka tidak mengesan komplikasi serius akibat impak ketika dia jatuh. Adam Zikri mengalami kecederaan patah tangan kiri dan kaki kanan selain cedera pada kepala," katanya di sini, sebentar tadi.-Berita Harian
Sumber berkata, dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, mangsa dikatakan naik ke tingkat dua untuk mencari ibunya yang juga guru di sekolah berkenaan.
"Namun, mangsa terserempak dengan seorang murid dari kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang agresif dan berbadan besar. Murid itu dipercayai bertindak mengangkat mangsa lalu mencampaknya ke bawah bangunan.
"Kejadian terbabit turut disedari beberapa murid lain yang kebetulan berada di tingkat sama. Bagaimanapun, tindakan itu tidak sempat dihalang menyebabkan mangsa parah dicampak," katanya ketika dihubungi, semalam.-myMetro

0 komen:
Post a Comment