POLIS TAHAN LELAKI CUBA UKUR JAMBATAN NEW YORK

Jambatan Brooklyn yang menghubungkan Manhattan dan Brooklyn di New York

(Sumber Foto: MYNEWSHUB)

NEW YORK – Gara-gara mahu mengetahui ukuran sebenar Jambatan Brooklyn di sini sebelum merakamkan gambar, seorang pelancong Perancis, Yonathan Souid ditahan polis atas dakwaan menceroboh kawasan larangan dan cuba membahayakan diri sendiri.

Lelaki berusia 23 tahun dan berasal dari Esnandes di barat daya Perancis itu ditangkap kira-kira pukul 1.30 pagi Ahad (atau 1.30 pagi Isnin) selepas didapati melepasi pagar dan cuba memanjat ke arah lampu utama jambatan terkenal antara Manhattan dan Brooklyn itu.

Pendakwa raya daerah Brooklyn, Ken Thompson berkata, Souid terpaksa bermalam di lokap sebuah balai polis tempatan sebelum didakwa di mahkamah daerah pada keesokan hari atas tuduhan memasuki kawasan larangan tidak kira atas apa-apa alasan sekali pun.

Ini kes ketiga di mercu tanda New York itu dalam masa empat bulan selepas insiden akhir Ogos lalu, seorang pelancong Rusia, Yaroslav Kolchin, 24 tahun, ditahan kerana cuba mendaki puncak menara jambatan juga kerana mahu merakamkan gambar kenangan.

Lewat Julai lalu, dua pelukis Jerman, Mischa Leinkauf dan Matthias Wermke, masing-masing 37 dan 35 tahun, ditahan kerana mahu memanjat dua batang tiang bendera bagi menggantikan bendera Amerika Syarikat dengan bendera buatan sendiri. – Agensi

0 komen:

Post a Comment