TIKAM DADA SENDIRI

Di sinilah enam sekeluarga dibunuh dengan kapak pada tahun 1912

(Sumber Foto: myMetro)

Wisconsin (Amerika Syarikat): Seorang lelaki menikam dirinya sendiri awal Jumaat lalu ketika melakukan siasatan fenomena paranormal di sebuah rumah yang menjadi lokasi pembunuhan dua dewasa dan enam kanak-kanak di Lowa pada 1912.

Robert Laursen, 37, melakukan siasatan di rumah digelar 'Villisca Ax Murder House'-yang kini juga menjadi tarikan pelancong di sebuah bandar kecil apabila tiba-tiba menikam dirinya di dada sekitar jam 12.45 tengah malam.

Pejabat Syerif Daerah Montgomery dalam satu kenyataan berkata, Laursen dibawa ke hospital tempatan sebelum diterbangkan menggunakan helikopter ke Pusat Perubatan Creighton di Omaha untuk rawatan lanjut.

Polis tidak mendedahkan senjata yang digunakannya dan motif kejadian tidak diketahui.-myMetro

0 komen:

Post a Comment