Asap tebal dipercayai dari pesawat MH17 yang terhempas
Pesawat MH17 jenis Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines dilaporkan telah terhempas di Ukraine, berhampiran sempadan Rusia, utara Eropah. Pesawat tersebut dilaporkan membawa 295 orang penumpang termasuk anak kapal.
Menurut laporan terkini daripada Reuters, rangka pesawat telah ditemui disusuli dengan penemuan mayat penumpang di kawasan tersebut.
Sumber mengatakan, pesawat malang tersebut sedang dalam perjalanan dari Armsterdam menuju Kuala Lumpur dan dijangka tiba pada pukul 6 pagi waktu Malaysia.
Laporan awal tidak menolak kemungkinan pesawat MH17 terhempas kerana ditembak jatuh oleh peluru berpandu ekoran pergolakan yang berlaku antara Rusia – Ukraine.
Berikut merupakan beberapa keping gambar yang dikongsikan beberapa orang saksi yang berada di tempat kejadian.
#prayforMH17
Foto di atas merupakan ‘screen capture’ berita TV Ukraine mengenai
pesawat MH17 yang terhempas

0 komen:
Post a Comment