Ayelet Shaked (kanan) berkata semua ibu kepada rakyat
Palestin harus dibunuh
KUALA LUMPUR: Seorang ahli Parlimen Israel menimbulkan konytroversi apabila melabelkan semua rakyat Palestin sebagai pengganas dan menyeru agar semua kaum ibu Palestin dibunuh dalam konflik Israel-Palestin ketika ini.
Menurut satu laporan laman berita Israel, PressTV, wanita yang bernama Ayelet Shaked itu berkata seruan dibuat kerana kaum ibu rakyat Palestin dikatakan telah melahirkan ‘ular-ular kecil’.
“Mereka harus dibunuh dan rumah-rumah mereka harus dimusnahkan supaya mereka tidak lagi melahirkan pengganas.
“Mereka musuh kita dan darah mereka perlu melekat di tangan kita. Ibu-ibu kepada pengganas yang sudah mati juga harus dibunuh," dia dengan angkuhnya diungkap sebagai berkata.
Kenyataannya itu dianggap sebagai seruan pembunuhan beramai-ramai kerana beliau mengisytiharkan bahawa semua rakyat Palestin adalah mush israel dan harus dibunuh.
Sebagai reaksi terhadap kenyataan tersebut, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan pemikiran Shaked sama seperti pemikiran Hitler.
“Adakah wanita itu seorang ahli Parlimen Israel? Apa perbezaan antara pemikiran dia dan pemikiran Hitler?” tanya Erdogan.
Konflik Israel-Gaza telah dikutuk oleh banyak negara termasuk Malaysia, yang inginkan ia ditamatkan segera. - AWANI
Sebelum ini, Ayelet Shaked juga pernah menimbulkan kontroversi apabila menyeru penghapusan etnik Palestin (genocide), termasuk warga tua dan kanak kanak, yang dibuat melalui Facebook beliau dan di ‘like’ oleh ribuan rakyat Israel.
Lihatlah betapa kejamnya hati-hati zionis laknatullah ini. Tiada hati dan belas kasih untuk rakyat Palestin sedikitpun.
#prayforGaza #prayforPalestin

0 komen:
Post a Comment