TUMOR SEBERAT 110 KG BERJAYA DI BEDAH


Yang Jianbin sebelum menjalani pembedahan membuang
ketumbuhannya


Beijing: Pakar bedah berjaya membuang ketumbuhan yang dipercayai paling besar di dunia dari kaki seorang lelaki selepas ia membesar sehingga mencapai berat 110 kilogram.

Yang Jianbin, 37, dari China, dilahirkan dengan tanda lahir di belakang badannya yang lama-kelamaan membesar kepada ketumbuhan seberat 110kg, dua pertiga daripada berat badannya.

Ketumbuhan yang begitu besar itu menyebabkan Yang hanya dapat berbaring atau duduk di atas katil sepanjang hari.

Keadaan perubatan itu dipanggil 'neurofibromatosis' yang merupakan satu gangguan genetik yang menjejaskan pertumbuhan normal tisu sel.


Doktor mengambil masa selama 16 jam untuk membuang
ketumbuhan 110 kg pada Yang
  

Dia menjalani pembedahan pertama apabila dia berusia 12 tahun di mana pada masa itu tumornya telah membesar kepada saiz genggaman.

Ketua pakar bedah Chen Minliang berkata: "Kami telah melihat pesakit neurofibromatosis sebelum ini, tetapi ini adalah tumor saraf terbesar yang kami pernah kami lihat."

Yang telah ditempatkan di dua buah katil hospital semasa pembedahan yang berjalan selama 16 jam  dan melibatkan 9 orang doktor.

Ketika dibedah, Yang menerima 5,000 mililiter darah, melebihi kandungan darah pada tubuh orang dewasa. Kesihatan Yang dilaporkan semakin pulih dan dia dijangka keluar dari hospital hujung bulan ini.

Sementara itu, seorang kanak-kanak dilaporkan mempunyai ketumbuhan sebesar buah tembikai dan dijadual menjalani pembedahan sedikit masa lagi. - Agensi

0 komen:

Post a Comment