TWEET “LONG LIVE HITLER” BUNG MOKHTAR SALAH,TIDAK BOLEH DI TERIMA–PM



Rasanya nama Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin sudah pun terkenal di seantero dunia selepas ‘tweet’ mengenai kejayaan pasukan Jerman di Piala Dunia 2014 yang dikaitkannya dengan Adolf Hitler telah mendapat perhatian bukan sahaja dari media di Malaysia bahkan juga di media-media antarabangsa yang turut sama membuat liputan mengenai kisah ‘tweet’ tersebut.

Kebodohan yang dipamerkan beliau itu tidak dapat diterima semua pihak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memberi komen beliau di laman Twitter peribadinya berhubung status ‘tweet’ Bung yang menimbulkan kontroversi di kalangan masyarakat dunia kerana Bung dilihat tidak sensitif dengan sejarah negara luar.

Najib mengatakan ‘tweet’ yang ditulis Bung adalah merupakan satu kesalahan yang tidak boleh diterima, dan Bung seharusnya bertanggungjawab dengan tindakan beliau dengan memadamkan status tersebut.

Tweet Bung yang menimbulkan rasa kurang senang
beberapa pihak


Selain itu, Najib juga menyatakan status Bung tidak mewakili keseluruhan rakyat Malaysia, yang mana lebih memahami kisah tragik yang berlaku di Eropah pada zaman dahulu kala.

Dalam tweet berkenaan, Perdana Menteri cuma tak kata Bung Moktar bodoh sahaja tetapi menzahirkan realiti itu melalui kandungan tweet beliau.

Malah PM juga sempat menitipkan ucapan tahniah di atas kejayaan Jerman yang mara ke peringkat akhir Piala Dunia menentang Argentina pada 13 Julai ini. – MYNEWSHUB.MY

0 komen:

Post a Comment