#MENGENANGMH17 3 GAMBAR SAYU ANAK PRAMUGARI MENANGIS DEPAN KERANDA IBU

 


Muhriz Marzaidi yang baru berumur 10 tahun tidak dapat menahan air matanya sejurus melihat keranda ibunya, Allahyarham Mastura Mustafa seorang pramugari MH17 yang turut terkorban dalam nahas tersebut.

Muhriz yang dilihat amat merindukan ibunya itu dilihat menangis teresak-esak dihadapan keranda tersebut.
 
Menurut saksi, anak lelaki ini merayu-rayu agar keranda tersebut dibuka agar beliau dapat menatap wajah Allahyarham. Beliau juga dikatakan mahu memeluk dan mencium ibunya serta memohon maaf sempena hari raya yang baru berlalu.

Muhriz adalah satu-satunya anak lelaki, waris kepada Allahyarham Mastura Mustafa.



Sedih dan pilu. Semoga adik Muhriz serta ahli keluarga dan sahabat mangsa nahas MH17 diberikan ketabahan dan kekuatan menempuh dugaan ini. Sesungguhnya kehilangan mereka turut dirasai seluruh warga Malaysia.

Al-Fatihah.

0 komen:

Post a Comment