Pesawat penerbangan milik Malaysia Airlines (MAS) MH70 yang dilaporkan sudah berlepas kira-kira 50 minit ke Tokyo terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur kerana masalah keselamatan yang ditemui semasa dalam penerbangan.
Menurut laporan, pesawat MH70 mula berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.50 pagi menuju Lapangan Terbang Narita, Tokyo sebelum dikatakan berpatah balik selepas 50 minit penerbangan.
Sebaik tiba di KLIA, penumpang dimaklumkan bahawa penerbangan ke Tokyo ditangguhkan pada jam 1.15 petang menggunakan pesawat yang lain.
Menurut salah seorang penumpang, pengumuman tersebut telah dibuat oleh juruterbang. Skrin radar (paparan laluan penerbangan di tempat duduk penumpang) turut dikatakan menunjukkan pesawat itu membelok ke kiri, sebelum pengumuman tersebut.
Portal rasmi MAS menunjukkan penerbangan MH70 telah dijadualkan semula dan akan tiba di Tokyo pada jam 9.25 malam.
Laman menjejak pesawat Flightradar24 turut menunjukkan MH70 hanya membuat pusingan di kawasan perlepasan sebelum membuat pusingan balik. - Awani

0 komen:
Post a Comment