#MH17: 22 OGOS HARI BERKABUNG MALAYSIA



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyyiddin Yassin mengumumkan 22 Ogos depan (Jumaat) sebagai hari berkabung negara berikutan ketibaan jenazah warga Malaysia yang terbabit dalam nahas pesawat MH17 milik Malaysia Airlines (MAS) di Ukraine 17 Julai lalu.

Jenazah terbabit akan dibawa melalui sebuah pesawat khas dari Amsterdam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10 pagi. Satu istiadat penghormatan jenazah tragedi akan turut diadakan bertempat di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

Upacara penghormatan untuk jenazah akan dibuat secara tertib dan sesuai dengan penghormatan yang sewajarnya. Beliau turut menegaskan bahawa tiada cuti umum sempena hari berkabung tersebut.

Menurut Tan Sri Muhyiddin lagi, seramai 24 jenazah warganegara Malaysia telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa di Amsterdam yang mana melibatkan 14 penumpang dan 10 anak kapal. Namun, hanya 16 jenazah yang telah siap sedia untuk dibawa pulang manakala 8 lagi belum melalui proses lengkap dan akan dihantar pulang secara berperingkat.

#prayforMH17

0 komen:

Post a Comment