LELAKI DENGAN IMEJ PELIK DAN MENAKUTKAN DILARANG MASUK DUBAI



Imej Rolf Buchholz yang bukan sahaja pelik tapi juga menakutkan


Dubai: Pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai semalam melarang seorang lelaki warga Jerman, Rolf Buchholz, memasuki negara itu, sebaliknya mengarahnya menaiki pesawat untuk pulang semula dari tempat dia berlepas iaitu Turki.

Sumber laporan mengatakan,kejadian tersebut berlaku kerana muka lelaki tersebut penuh dengan tindik,berlubang serta mempunyai dua tanduk pada dahinya sehingga menyebabkan orang ramai yang berada di lapangan terbang tersebut ketakutan.

Selain penampilan yang agak pelik dan menakutkan, seorang pekerja lapangan terbang tersebut turut mendedahkan Rolf dilarang masuk ke negara itu kerana turut dikhuatiri mengamalkan ilmu hitam.

Rolf dikatakan datang ke Dubai untuk muncul di satu pertunjukan kelab malam yang mempamerkan orang paling ganjil di dunia. Dia dilaporkan hadir sebagai orang paling banyak lubang pada muka, telinga dan anggota tubuh lain dengan jumlah tindik sebanyak 453 kesemuanya. Dia diiktiraf oleh Buku Rekod Guinness Dunia selaku lelaki paling banyak bertindik di dunia.

Untuk rekod, Rolf mempunyai tindik sebanyak 94 di sekitar bibirnya, 25 di sekitar kening, 8 di hidung manakala baki 278 tindik di sekitar bahagian genitalnya. – Metro

0 komen:

Post a Comment