Jari seorang murid perempuan darjah 1 hampir putus akibat dibuli oleh rakan sekolahnya. Perkara itu didedahkan oleh ibu saudaranya, Elena Sweets di laman Facebook.
Dalam kejadian yang berlaku pada waktu rehat di Sekolah PPR Lembah Subang, Petaling Jaya itu, mangsa tidak diberikan sebarang rawatan kecemasan atau dihantar ke klinik/hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Sebaliknya luka di jari mangsa hanya dibalut dengan kain biasa.
Ibu mangsa yang bimbang dengan kecederaan yang dialami segera membawa anaknya ke klinik tetapi terpaksa dirujuk ke hospital kerana kecederaan yang amat teruk.
Menurut doktor, jika kecederaan pada jari mangsa tidak menunjukkan tanda-tanda sembuh, jarinya terpaksa dipotong.
Elena mendakwa anak saudaranya dibuli oleh rakan sekolah berikutan mangsa asyik mengulangi cerita yang sama sepanjang seminggu terlantar di hospital. Lebih teruknya lagi, tiada seorang pun guru dari sekolah terbabit yang datang melawat apatah lagi menelefon untuk bertanyakan keadaan anak saudaranya itu.
Bagaimanapun, pihak sekolah menafikan dakwaan itu dan menyatakan mangsa bermain berseorangan sehingga terjatuh dan mengakibatkan kecederaan.
Menurut pihak keluarga mangsa, kes itu telah dibawa kepada PPD dan siasatan akan dijalankan. – Sumber
Gambar di bawah merupakan luahan hati Elena Sweets;
MURID DARJAH 1 HAMPIR PUTUS JARI AKIBAT DIBULI
Posted on 8:02 AM by Malaya Mania
Categories: Malaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 komen:
Post a Comment