TRAGEDI BOT KARAM:MINUM AIR KENCING UNTUK TERUS HIDUP

 

 

Beberapa pelancong warga asing terpaksa berenang selama enam jam dan minum air kencing untuk terus hidup selepas sebuah bot karam di Indonesia, malam Sabtu.

Ketika kejadian, sebuah bot pelancong yang membawa 25 orang sedang dalam perjalanan dari Lombok ke Kepulauan Komodo di selatan Indonesia dekat Bali sebelum dilaporkan karam kira-kira pada pukul 7 petang waktu tempatan, malam Sabtu.

Setakat hari ini, operasi mencari berjaya menyelamatkan  lapan rakyat asing dan lima warga Indonesia menjadikan jumlah yang terselamat seramai 23 orang termasuk 18 warga asing sejak bot itu karam pada Sabtu.

Mereka yang berjaya diselamatkan  telah ditemui pada awal pagi tadi, 100 kilometer di luar pantai pulau Sumbawa, dengan sesetengah mereka berhimpit di atas bot penyelamat sementara yang lain terapung memakai jaket keselamatan.

 

 

 

0 komen:

Post a Comment