#MENGENANGMH17:3 JENAZAH TIBA ESOK

 

Kuala Lumpur: Tiga lagi jenazah nahas udara pesawat Penerbangan Malaysia MH17 tiba di tanah air, esok.

Dalam satu kenyataan, semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ketiga-tiga jenazah itu dijangka tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 8.30 pagi.

“Pesawat yang berlepas dari Amsterdam itu membawa jenazah dua anak mangsa, Allahyarham Tambie Jiee iaitu Allahyarham Muhamad Afzal Tambi dan Allahyarhamah Marsha Azmeena Tambi manakala seorang lagi adalah jenazah anak kapal pesawat MH17, Shaikh Mohd Noor Mahmood,” katanya.

Menurutnya, upacara penghormatan jenazah istiadat ketenteraan. –myMetro

0 komen:

Post a Comment