LELAKI BERTATU BUNGA MAUT DISEMBELIH, DITIKAM BERTUBI-TUBI

 

Mangsa bukan sahaja disembelih malah ditikam bertubi-tubi di perut dan dada
(Sumber foto: Kosmo)


Seberang Perai - Mayat seorang lelaki warga Myanmar dipercayai mangsa pembunuhan ala gangster ditemui di bahu jalan berdekatan sebuah ladang kelapa sawit di Tasik Valdor, Simpang Empat, Nibong Tebal semalam. Menurut laporan, terdapat kesan sembelihan pada leher mangsa.

Mangsa yang merupakan seorang lelaki Myanmar berusia dalam lingkungan awal 30-an memiliki tatu bunga ros pada lengan kanannya. Mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dicampakkan di situ.

Jurucakap polis berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat tersebut kira-kira pada pukul 12 tengah hari.

“Mangsa dicampak di situ dalam keadaan terbaring dan pihlak kami tidak menolak  kemungkinan ia berpunca daripada pergaduhan antara kumpulan komuniti Myanmar di daerah ini.

“Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan bukan sahaja disembelih di leher sebelah kiri tetapi juga ditikam bertubi-tubi di perut dan dada,” katanya. – Kosmo

0 komen:

Post a Comment